ISKANDAR PUTERI:Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini dimaklumkan bahawa 13 hotel di negeri ini telah menutup operasinya susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai penutupan hotel-hotel itu tidak didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau, bagaimanapun, berkata penutupan sempadan Malaysia-Singapura sehingga kini dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac telah mengakibatkan kadar purata penginapan di Johor turun kepada 27.66 peratus pada Ogos tahun ini, berbanding 57.3 peratus pada 2019.
Katanya, keadaan itu juga menyebabkan pemandu pelancong di negeri itu hilang punca pendapatan dan jumlah pelawat di taman-taman tema serta pusat beli-belah juga merosot.
"Kerajaan negeri sedar tentang betapa pentingnya pembukaan sempadan Malaysia-Singapura terutamanya untuk sektor pelancongan. Sebab itu, Menteri Besar membawa perkara ini ke Putrajaya setiap minggu, bukan sahaja dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara tetapi juga ke Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC).
"Namun begitu, kita maklum bahawa untuk agenda pembukaan sempadan ini berjaya, ia memerlukan dua resipi utama iaitu persefahaman dan persetujuan antara kerajaan negeri, kerajaan pusat dan Singapura selain mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan, yang mana angka kes COVID-19 perlu rendah di kedua-dua negara," kata Onn Hafiz.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chen Kah Eng (PH-Stulang), Datuk Zulkurnain Kamisan (PN-Sri Medan) dan Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya) yang bertanyakan tentang usaha kerajaan negeri dalam memulih sektor pelancongan termasuk membantu agensi pelancongan yang terkesan.
Onn Hafiz berkata kerajaan Johor telah menyediakan beberapa inisiatif bagi memastikan sektor pelancongan mampu bertahan dan sekali gus membolehkannya terus berdaya maju pada masa depan.
Inisiatif termasuk sumbangan sekali beri sebanyak RM1,000 kepada pemandu pelancong berdaftar, pengecualian pembayaran lesen perniagaan dan duti hiburan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor 2020 bagi membantu penggiat industri pelancongan.
Selain itu, katanya sesi libat urus bersama penggiat industri juga telah diadakan, di samping usaha memperkenalkan program Majestic Johor, menubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Iskandar Puteri (IPTAC) dan Jawatankuasa Pelancongan Perubatan Johor (JMTC).
"Bagi tahun hadapan pula, kerajaan negeri akan melaksanakan inisiatif seperti meneliti semula Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor 2014-2023 bagi memastikan hala tuju sektor pelancongan dapat dirancang dengan lebih tersusun dan mengikut trend semasa, membangunkan Johor Tourism Interchange (JTI) bagi mentransformasi ekonomi digital pelancongan dan menyediakan Baucar Pelancongan berjumlah RM1.5 juta untuk pusat penginapan dan beli-belah terpilih.
"Selain itu, peruntukan RM5 juta disediakan bagi membangun dan menaik taraf prasarana pelancongan di Johor yang merangkumi kemudahan asas pelancongan di daerah, inap desa, desastay dan Taman Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020

Onn Hafiz berkata pandemik itu juga menyebabkan pemandu pelancong di negeri itu hilang punca pendapatan.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan
Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga.

Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.

Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.

Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.

Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.

Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.

Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.

Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.

TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.