Tiga belas bahagian MIC Johor mencadangkan agar veteran MIC dipilih bagi menganggotai jawatankuasa khas bagi memantau perjalanan pemilihan semula parti akan datang.
Ketua MIC Bahagian Gelang Patah S. Kanan G Suppiah, yang mewakili kesemua bahagian itu berkata, ini bagi memastikan pemilihan semula kali ini diadakan dengan telus.
"Kami mengesyorkan agar veteran MIC ini berada dalam jawatankuasa khas ini memandangkan mereka ini berpengalaman dan dilihat sebagai tiada kepentingan sendiri dalam parti," kata beliau kepada pemberita di Dewan Taman Nesa, Skudai, di sini hari ini.
Antara veteran MIC yang disebut termasuk Datuk K.S. Balakrishnan (Johor), Datuk G. Rajoo (Perak) dan Datuk K. Rajapathy (Pulau Pinang).
Turut hadir Datuk M. Asojan, Anggota Dewan Undangan Negeri Gambir. Pada 18 Dis lepas, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata parti itu akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah dalaman parti.
Keputusan itu dibuat susulan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang mahukan pemilihan semula bagi jawatan naib presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
Bahagian MIC yang turut mencadang termasuk MIC Bahagian Ledang, Kota Tinggi, Sri Gading, Tanjung Piai, Bakri, Parit Sulong dan Ayer Hitam.
Bernama
Tue Jan 13 2015
Ketua MIC Bahagian Gelang Patah S. Kanan G Suppiah, yang mewakili kesemua bahagian itu berkata, ini bagi memastikan pemilihan semula kali ini diadakan dengan telus. - Gambar Fail
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Pam akan dipasang bantu penduduk Bandar Leila
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh mengambil maklum mengenai masalah tekanan air rendah yang berlaku di Bandar Leila dan sedang merangka pelan penyelesaian.
Masalah tekanan air, penduduk rayu penyelesaian segera
Penduduk Bandar Leila di Sandakan yang berdepan masalah tekanan air rendah lebih seminggu lalu sehingga ada yang terpaksa berjaga malam dan menggunakan pam untuk mendapatkan air.
Pertimbang lebih banyak platform E-dompet mudahkan penyaluran SKAS
Kerajaan negeri Sarawak disaran mempertimbangkan lebih banyak platform e-wallet bagi menyalurkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi memudahkan rakyat terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah dengan penggunaan aplikasi S Pay Global.
MOT tubuh pasukan petugas khas tangani isu kenderaan berat
Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah & Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Sistem HS-WIM dijangka beroperasi tahun ini, mampu kesan kenderaan berat lebih muatan - Loke
Sistem High Speed - Weight in Motion (HS-WIM) yang dipasang bertujuan memantau muatan kenderaan berat secara automatik dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini.
SPRM bertindak ke atas aduan rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima
Tujuh perkara telah diberi penambahbaikan dalam Piagam Pelanggan SPRM baharu yang dilancarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
Datuk M. Nasir hidupkan semula lagu hampir dilupakan 'Nuri Terbang Malam'
Lagu asal nyanyian Qasim itu dipercayai lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar 1903.
13 bahagian MIC Johor cadang veteran MIC anggotai jawatankuasa khas
Tiga belas bahagian MIC Johor mencadangkan agar veteran MIC dipilih bagi menganggotai jawatankuasa khas bagi memantau perjalanan pemilihan semula parti akan datang.