BINTULU :Penduduk di tiga kampung di Bintulu yang terjejas akibat banjir kilat pada Jumaat telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibbah Bintulu.
Menurut Pegawai Agensi Pertahanan Awam (APM), Leftenan Ra'idah Jomi berkata, tiga kampung terbabit adalah kawasan setinggan Sungai Sebatang, Sungai Plan dan Kampung Avenue yang melibatkan 128 mangsa.
Ujarnya, pemindahan bermula sekitar jam 11 Jumaat malam setelah pihaknya mendapat maklumat rumah di tiga kawasan berkenaan terkesan akibat banjir.
"Operasi pemindahan penduduk ini melibatkan 30 keluarga dari Sungai Plan, 11 keluarga dari Sungai Sebatang dan dua keluarga dari Kampung Avenue apabila rumah mereka dimasuki air sedalam antara 0.5 ke 0.6 meter," jelasnya.
Ujarnya lagi, PPS Stadium Muhibah yang mula dibuka pada jam 1.39 pagi semalam. Perkara itu disahkan Residen Bahagian Bintulu selaku Pengerusi Jabatan Pengurusan Bencana Daerah.
Tambahnya lagi, dua pasukan telah dikerahkan dari APM Bintulu untuk menjalankan pemantauan serta pemeriksaan ke kawasan-kawasan terjejas.
“Kita turut difahamkan air banjir naik mendadak menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan milik mereka dan mujurlah tidak berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.
Selain tiga kawasan tersebut, pihaknya turut mengesahkan beberapa laluan utama di bandar Bintulu juga dinaiki air. Laluan-laluan berkenaan adalah Jalan Sungai Plan, Jalan Tanjung Batu, Jalan Sebiyu dan Jalan Tun Hussein Onn.
Astro Awani
Sat Nov 28 2020
Kesemua mereka yang terlibat dalam banjir kilat di tiga penempatan di Bintulu dipindahkan menggunakan bot dan trak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibbah Bintulu pada Jumaat. - Gambar JPBN Sarawak
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
128 mangsa banjir dipindahkan ke Stadium Muhibbah Bintulu
Tiga kawasan berkenaan adalah penempatan di Sungai Sebatang, Sungai Plan dan Kampung Avenue.