HANYA satu tin sardin untuk dikongsikan bersama 12 ahli keluarga.
Itulah hakikat yang perlu dihadapi keluarga Devi Chinnadurai yang mengalami kemiskinan tegar di tengah-tengah bandar yang pesat membangun.
Devi, 41 tahun, merupakan seorang suri rumah dan ibu tunggal kepada 11 orang anak berusia di antara 3 hingga 19 tahun.
Sebulan lalu, Devi ditimpa malang apabila suaminya Ragunathan Batumalai, 44 tahun, meninggal dunia akibat sakit jantung.
Sejak kehilangan suaminya, Devi bergantung kepada anak sulungnya Vickneshwaran Ragunathan, 19 tahun, dan anak keduanya Bavani Ragunathan, 18 tahun, di mana kedua-duanya bekerja di sebuah NGO dengan gaji kira-kira RM1,000 seorang.
Menurut Devi, gaji kedua-dua anaknya tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas 11 anaknya terutamanya dalam menyediakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi.
Katanya, dia hanya mampu menyediakan nasi, kari dan sayur.
“Kehidupan kami sangat susah. Tengoklah sendiri, berapa banyak anak saya.
“Kos bagi makanan, beli beras sahaja sudah lebih RM1,000, selepas itu kena beli sayur lagi.
“Saya pun memang nak belikan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak saya. Apa yang boleh saya buat, kami sangat susah. Kami makan sahaja apa yang ada.
"Saya biasanya akan masak kari dengan nasi, kari sardin atau kari dal. Itu sahaja,” luah Devi dengan nada sebak.
Tambah Devi, mereka hanya mampu membeli ayam atau ikan sebulan sekali.
Kisah Devi ini bukan kes terpencil di celah-celah kemajuan ibu kota. Laporan oleh Tabung untuk Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Mac lalu menunjukkan kanak-kanak yang mendiami kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara mengalami masalah kekurangan nutrisi yang serius.
Laporan itu menunjukkan satu dalam lima kanak-kanak mengalami pertumbuhan terbantut dan satu dalam 10 kanak-kanak mengalami masalah kurang berat badan.
Laporan itu juga menunjukkan masalah kekurangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak kaum India di PPR adalah lebih serius berbanding kaum Melayu dan Cina.
Kerajaan melalui Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga sudahpun menyatakan hasrat untuk membangunkan pelan hala tuju pembangunan kesejahteraan kanak-kanak peringkat kebangsaan untuk menangani isu-isu meliputi pemakanan berkhasiat, pendidikan, perumahan dan kemiskinan di negara ini.
Pritha Manivannan
Mon Jun 25 2018
Menurut Devi, gaji kedua-dua anaknya tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas 11 anaknya terutamanya dalam menyediakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi. -Astro AWANI
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
12 sekeluarga kongsi satu tin sardin dek kemiskinan
Hakikat keluarga Devi Chinnadurai yang mengalami kemiskinan tegar di tengah-tengah bandar yang pesat membangun.
Akses makanan sihat, kebersihan PPR: Kebimbangan perlu ditangani - Aktivis kesihatan
Tahap kebersihan di kebanyakkan kawasan-kawasan perumahan itu juga amat teruk sehingga menyebabkan pelbagai jangkitan kulit kepada kanak-kanak.