Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenal pasti 12 lokasi yang berisiko tinggi bagi aktiviti air.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, KPKT menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 'hotspot' itu berdasarkan insiden mati lemas yang melibatkan lebih daripada lima mangsa.
Antara lokasi berkenaan ialah sungai yang dikategorikan kawasan berisiko tinggi iaitu Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah yang meragut 15 nyawa; Sungai SKC Kampung Timah, Selangor (tujuh nyawa); Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan (enam nyawa); Sungai Chiling (enam nyawa) dan Sungai Gasi (lima nyawa) di Selangor.
Kawasan berisiko tinggi lain ialah Air Terjun Sungai Sendat, Selangor yang meragut 12 nyawa; Air Terjun Lata Berembun, Raub (10 nyawa); Air Terjun Chamang, Pahang (lima nyawa); Pantai Nipah, Kelantan (14 nyawa); muara Tok Bali, Kelantan (tujuh nyawa); Teluk Bahang, Pulau Pinang (tujuh nyawa) serta Empangan Semenyih, Selangor (10 nyawa).
"Saya telah mengarahkan JBPM untuk mengawasi kawasan berisiko tinggi ini pada musim cuti persekolahan di mana kes mati lemas didapati kerap berlaku," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) di sini, hari ini.
Noh berkata berdasarkan data JBPM, dalam dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 65 insiden mati lemas dilaporkan berlaku di badan air atau kawasan rekreasi.
Daripada jumlah itu, sebanyak 42 insiden berlaku di kawasan sungai/tali air, kawasan pantai (11 kes), kawasan air terjun (lapan kes) dan kawasan tasik/ lombong (empat kes).
"Sebanyak 327 kes lemas di badan air dan rekreasi dilaporkan tahun lepas berbanding 260 kes pada 2016," katanya.
Noh berkata KPKT bercadang menguatkuasakan undang-undang kecil untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan aktiviti air di kawasan larangan.
"Tidak dapat dinafikan segelintir pengunjung tidak mengambil peduli papan tanda di kawasan berisiko tinggi yang melarang aktiviti air. Sehubungan itu, kementerian berpandangan bahawa hukuman dan denda perlu diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang kecil," katanya.
Beliau memberitahu bahawa ia adalah antara perkara yang terkandung dalam Pelan Tindakan Keselamatan Aktiviti Air.
Pada mesyuarat hari ini, Noh berkata Pelan Tindakan Keselamatan Aktiviti Air telah diluluskan bagi memupuk kesedaran keselamatan air secara holistik sebagai usaha untuk mengurangkan insiden lemas di negara ini.
Penggunaan papan tanda di kawasan berisiko tinggi adalah sebagai panduan keselamatan di lokasi badan air atau rekreasi selain menggantikan papan tanda uzur oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi bertanggungjawab.
"KPKT juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mewujudkan kurikulum di bawah pendidikan jasmani supaya pelajar diberi pendedahan mengenai aktiviti air untuk menangani isu lemas khususnya dalam kalangan pelajar," katanya.
Noh berkata KPKT juga bercadang mewujudkan pusat data melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama-sama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengumpul data-data penting dalam usaha mengurangkan insiden lemas.
Selain itu, KPKT akan membentang Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Jangka Pendek pada mesyuarat Kabinet dan mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk kelulusan sebelum diguna pakai dalam usaha mengurangkan insiden kejadian lemas, katanya.
KPKT juga akan mengadakan Program Kesedaran Keselamatan Air di Pantai Cahaya Negeri, Batu 5, Port Dickson pada 16 Mac ini. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 09 2018
Noh berkata KPKT bercadang menguatkuasakan undang-undang kecil untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan aktiviti air di kawasan larangan. - Astro AWANI
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.