KUALA LUMPUR: 11 persatuan berkaitan sawit menggesa kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaan gaji minimum bulanan RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei, 2022 ini.
Menurut kenyataan kumpulan persatuan itu pada Rabu, kenaikan gaji minimum sebanyak 36 peratus tersebut merupakan satu kenaikan yang besar bagi peladang sawit di kawasan luar bandar yang masih dalam tempoh pemulihan daripada pandemik COVID-19.
Persatuan berkenaan ialah Persatuan Pemilik Ladang Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia, Persatuan Pemilik-pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak, Persatuan Penanam-penanam Malaysia Timur, Persatuan Pengilang Kelapa Sawit, Kumpulan Pengeluar Oleokimia Malaysia, Persatuan Pekilang-Pekilang Minyak Makan Malaya, Persatuan Biodiesel Malaysia, Pergabongan Persatuan Peladang, Pengerusi Persatuan Perundingan Majikan-ajikan Sabah dan Persatuan Pertanian Tawau.
Menurut kesemua persatuan itu, pada masa yang sama, pihak penanam juga menghadapi situasi kerugian tanaman, kekurangan pekerja dan kos pengeluaran lebih tinggi.
Kesemua pihak menjelaskan, pada masa ini, gaji minimum di 57 bandar dan bandar kecil di seluruh negara ditetapkan pada RM1,200 sebulan dan RM1,100 bagi kawasan luar bandar.
Justeru, persatuan-persatuan itu percaya bahawa akan berlaku kesan susulan ke atas seluruh kos pengeluaran yang tidak boleh ditarik balik apabila had gaji minimum baharu itu diperkenalkan.
Penangguhan pelaksanaan gaji minimum yang disemak, diikuti pelaksanaannya secara berperingkat dalam tempoh yang lebih panjang akan membolehkan semakan itu diuruskan dengan kaedah yang lebih sistematik, telus dan memberikan kesan yang lancar, menurut 11 persatuan itu.
"Semua sektor ekonomi di Malaysia memerlukan masa yang mencukupi untuk membuat pelarasan yang diperlukan berikutan pandemik COVID-19, dan mencari penyelesaian untuk mengurangkan kos bahan penting yang lebih tinggi akibat konflik Rusia-Ukraine," jelasnya.
Pihak itu menambah, sekurang-kurangnya, sebarang cadangan kenaikan gaji mesti menangani satu isu utama lain yang menjejaskan industri kelapa sawit Malaysia berkaitan dengan mempercepat kepulangan pekerja yang dipelawa ke dalam sektor perladangan.
Semua persatuan itu menegaskan pendekatan yang betul seharusnya melibatkan penglibatan pihak berkepentingan inklusif di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara (NWCC) untuk mencari keseimbangan yang tepat antara kebajikan pekerja dan kesan ke atas majikan.
Kumpulan itu berpandangan peladang beroperasi pada kos input yang sangat tinggi pada masa ini berikutan harga baja meningkat selain kimia pertanian dan bahan api.
"Walaupun nampaknya peladang pada masa ini mempunyai keupayaan kewangan untuk melaksanakan gaji minimum baharu di tengah-tengah harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi namun peladang yang sama akan terjejas teruk apabila harga MSM merosot," menurut 11 persatuan itu.
Harga minyak sawit mencecah paras tertinggi melebihi RM7,100 satu tan pada awal Mac disokong oleh kekangan bekalan dalam keadaan kemarau di Amerika Selatan yang menjejaskan pengeluaran kacang soya selain kesesakan penawaran minyak bunga matahari di rantau Laut Hitam.
Bagaimanapun dalam tempoh sebulan, niaga hadapan minyak sawit Malaysia telah susut kira-kira RM1,300 kepada sekitar RM5,900 satu tan.
11 persatuan itu juga menyatakan bahawa harga di peringkat global didorong oleh permintaan dan penawaran serta persaingan dengan minyak makan lain justeru, sebarang kenaikan kos pengeluaran seperti kenaikan gaji tidak boleh dilepaskan kepada pelanggan atau pembeli, tidak seperti perniagaan lain.
"Apabila harga komoditi mengalami penurunan, margin akan berkurangan dan akan ada masanya yang kos mungkin meningkat lebih tinggi daripada harga jualan," menurut kumpulan itu.
Semua persatuan itu turut mendedahkan bahawa bilangan pekerja tidak mahir dalam sektor itu adalah besar.
Memandangkan kenaikan besar itu, pekerja berkemahiran di seluruh rantaian bekalan, termasuk kakitangan dan pengurusan akan turut mengharapkan layanan yang sama, mencetuskan lingkaran inflasi di seluruh industri kerana kenaikan gaji apabila diwartakan dan dilaksanakan, ia tidak boleh ditarik balik, jelas 11 persatuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
![11 persatuan berkaitan sawit gesa kerajaan tangguh laksana gaji minimum 11 persatuan berkaitan sawit gesa kerajaan tangguh laksana gaji minimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649249806_Sawit.jpg)
Kenaikan gaji minimum sebanyak 36 peratus tersebut disifatkan satu kenaikan yang besar bagi peladang sawit di kawasan luar bandar. - Gambar hiasan/ WWF
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pendaftaran tinggi untuk kursus latihan pamer rakyat Malaysia dahagakan kemahiran baharu - Steven Sim Pendaftaran tinggi untuk kursus latihan pamer rakyat Malaysia dahagakan kemahiran baharu - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719567081_TBStevenSim.jpg)
Pendaftaran tinggi untuk kursus latihan pamer rakyat Malaysia dahagakan kemahiran baharu - Steven Sim
NTW 2024 anjuran Human Resource Development Corporation telah melepasi sasarannya dengan berjaya mendaftarkan kira-kira 330,000 rakyat Malaysia dalam 65,000 kursus latihan percuma setakat Khamis.
![Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan sekerap enam bulan sekali - MTUC Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan sekerap enam bulan sekali - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714531100_MohdEffendyAbdulG.jpg)
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan sekerap enam bulan sekali - MTUC
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan lebih kerap untuk pastinya ia sesuai dengan peningkatan kos sara hidup.
![APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716048436_FBCHINTONG.jpg)
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
![Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715777663_RafiziRamliprogra.jpg)
Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi
Cadangan UNICEF agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeuruh.
![Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709967487_TBGraduanTVETjp.jpg)
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
![Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710321103_TBstevenlimjp.jpg)
Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA
Kerajaan sedar gaji minimum sahaja tidak memadai, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana.
![Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714531100_MohdEffendyAbdulG.jpg)
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
![Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/51587434678_benderaMongolia.jpg)
Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini
Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (AS$193) mulai tahun ini.
![Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698209892_RafiziRamli.jpg)
Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.
![Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691145421_RafiziRamli.jpg)
Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi
Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.