IPOH: Kira-kira 100 pekerja Tasek Corporation Berhad berpiket di hadapan kilang itu di Kawasan Perindustrian Tasek, dekat sini, pada Isnin menuntut agar majikan menerima cadangan perjanjian kolektif (CA) yang lebih adil terdiri daripada 44 perkara berkaitan kebajikan petugas kepada syarikat itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Simen (CIEU) Semenanjung Malaysia, P. Thamotharan berkata, CA ke-17 telah pun tamat pada Jun 2022 lepas dan rundingan dengan majikan menemukan jalan buntu.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihak syarikat hanya bersetuju untuk permohonan 33 perkara sahaja manakala 11 lagi masih tidak berjaya dituntut melalui cadangan yang dihantar pada 9 Feb dan 19 Mac lepas selepas beberapa kali rundingan.
"Daripada 11 perkara yang ditolak itu kita tumpukan kepada tuntutan, tentang pelaksanaan gaji mengikut kemahiran pekerja termasuk perubatan pekerja kerana kesihatan kami perlu diutamakan.
"Selain itu kami turut menuntut supaya elaun syif disemak semula memandangkan tiada kenaikan sejak enam tahun lepas dan kita juga tuntut tentang cuti bersalin, elaun perumahan serta pelarasan gaji minimum," katanya pada sidang media di hadapan kilang berkenaan.
Turut hadir dan mengadakan perbincangan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani.
Thamotharan berkata, lebih mengejutkan apabila kesatuan telah dimaklumkan majikan telah membuat satu aduan di bawah Seksyen 18 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk merujuk CA kepada Jabatan Perusahaan.
"Apa yang kita kesalkan majikan tidak memaklumkan kepada kami mereka mahu bawa perkara ini ke peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), sedangkan sebelum ini itulah mediumnya mengadakan sesi perbincangan dengan kesatuan yang mewakili 236 pekerja," katanya.
Sementara itu, Sivanesan yang dilihat memasuki premis kilang mengambil masa hampir 40 minit bagi mendapatkan kata putus dalam menyelesaikan perkara berkenaan.
Beliau berkata, selepas mengadakan pertemuan, pihak kilang bersetuju untuk mengadakan perbincangan semula dengan pihak kesatuan dan kedua-dua pihak diberikan tempoh dua minggu untuk mencapai persetujuan.
"Jika dalam tempoh itu tidak berjaya diselesaikan, maka JPPM akan memulakan tindakan selanjutnya dan pihak kesatuan juga bersetuju untuk menarik semula piket hari ini," katanya.
Menurut Sivanesan, perkara yang dimaklumkan kepada beliau ialah 11 perkara yang dituntut kesatuan akan memberi impak kewangan kepada syarikat dan ia tidak dapat dipenuhi. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
![100 pekerja kilang simen berpiket tuntut elaun disemak 100 pekerja kilang simen berpiket tuntut elaun disemak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713823025_Pekerjakilangsimen.jpg)
Piket yang diadakan pekerja pada sebelah bagi melibatkan hampir 100 orang di hadapan pintu masuk kilang simen Tasek Corporation Berhad di Ipoh, pada Isnin. - Gambar SINAR HARIAN
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![100 pekerja kilang simen berpiket tuntut elaun disemak 100 pekerja kilang simen berpiket tuntut elaun disemak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713823025_Pekerjakilangsimen.jpg)
100 pekerja kilang simen berpiket tuntut elaun disemak
Kira-kira 100 pekerja kilang simen tuntut majikan terima cadangan CA yang lebih adil terdiri daripada 44 perkara berkaitan kebajikan petugas kepada syarikat itu.
![Kepimpinan negara konsisten dalam isu Palestin - Ketua Wanita Amanah Kepimpinan negara konsisten dalam isu Palestin - Ketua Wanita Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703970508_DatukAimanAthirah.jpg)
Kepimpinan negara konsisten dalam isu Palestin - Ketua Wanita Amanah
Antara tindakan Malaysia ialah melarang syarikat perkapalan berpangkalan di Israel ZIM daripada memasuki mana-mana pelabuhan negara.
![Solidariti Palestin: Hujan, panas tak lunturkan semangat peserta piket Solidariti Palestin: Hujan, panas tak lunturkan semangat peserta piket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703927765_KepungDemiPalestin.jpg)
Solidariti Palestin: Hujan, panas tak lunturkan semangat peserta piket
Walaupun berdepan kesukaran seperti keperluan tandas, cuaca buruk dan sebagainya, namun sokongan masyarakat sekitar menguatkan semangat untuk meneruskan piket.
![Khemah peserta piket 'Kepung Demi Palestin' boleh didirikan semula Khemah peserta piket 'Kepung Demi Palestin' boleh didirikan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703805849_piketKepungDemiP.jpg)
Khemah peserta piket 'Kepung Demi Palestin' boleh didirikan semula
Beliau turut memberi penghargaan kepada polis kerana membantu memastikan keselamatan peserta dan orang ramai dalam keadaan baik.
![Kepung Demi Palestin: Piket aman gesa gencatan senjata, terus bersolidariti Kepung Demi Palestin: Piket aman gesa gencatan senjata, terus bersolidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703609243_piketKepungDemiP.jpg)
Kepung Demi Palestin: Piket aman gesa gencatan senjata, terus bersolidariti
Dianggarkan 100 peserta menyertai 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin'selama enam hari bermula malam ini.
![Pengurusan LTAT akan bincang dengan MTUC, Cuepacs, KKLTAT cari penyelesaian Pengurusan LTAT akan bincang dengan MTUC, Cuepacs, KKLTAT cari penyelesaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658853105_TBLTAT.jpg)
Pengurusan LTAT akan bincang dengan MTUC, Cuepacs, KKLTAT cari penyelesaian
Pengurusan LTAT sedia memberi penerangan sewajarnya dan menjalankan perbincangan bersama wakil-wakil tiga kesatuan pekerja itu.
![Bantulah Utusan, mereka sebahagian daripada kita - Najib Razak Bantulah Utusan, mereka sebahagian daripada kita - Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566227324_NajibRazak.jpg)
Bantulah Utusan, mereka sebahagian daripada kita - Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dan marah susulan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad yang difahamkan akan menutup operasinya pada Rabu ini.
![Neelofa luah kesedihan atas nasib Utusan Melayu Neelofa luah kesedihan atas nasib Utusan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561285576_Neelofa.jpg)
Neelofa luah kesedihan atas nasib Utusan Melayu
Neelofa luah kesedihan atas situasi yang menimpa syarikat akhbar, Utusan Melayu dan tawarkan peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.
![Utusan Melayu henti cetak akhbar Rabu ini? Utusan Melayu henti cetak akhbar Rabu ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566208209_Utusan.jpg)
Utusan Melayu henti cetak akhbar Rabu ini?
Syarikat penerbitan akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad difahamkan akan memberhentikan operasi mencetak akhbar bermula Rabu dan hanya beroperasi menerusi platform digital.
![Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak tiga bulan Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak tiga bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566208209_Utusan.jpg)
Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak tiga bulan
Lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.