KUALA LUMPUR: Deretan khemah dapat dilihat hampir dengan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini hari ini, memasuki hari kelima piket solidariti untuk Palestin.
Salah seorang peserta yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) Sejagat, Syed Sheik, 34, berkata walaupun menghadapi beberapa kesukaran seperti keperluan tandas, cuaca buruk dan sebagainya, namun sokongan masyarakat sekitar menguatkan semangat mereka untuk meneruskan piket.
Beliau berkata selain kata-kata semangat orang ramai, ada juga individu yang menghantar makan kepada peserta piket berkenaan.
"Kesukaran kami di sini hanya sedikit jika dibandingkan dengan penderitaan saudara kita di Palestin," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau yang juga Sekretariat Solidariti Palestin berkata acara kemuncak piket itu malam esok akan menampilkan pelbagai aktiviti antaranya pameran kebudayaan Palestin, jualan buku, ceramah, puisi, persembahan muzik dan seni.
Seorang lagi peserta M. Mythreyar, 45, berkata ini bukanlah kali pertama beliau menyertai solidariti untuk Palestin.
Katanya walaupun bukan beragama Islam, tetapi atas semangat perikemanusiaan dan tidak sanggup melihat rakyat Palestin terus ditindas, beliau hadir sebagai rakyat Malaysia untuk terus memberi tekanan kepada Israel dan sekutunya.
"(Pada pandangan saya) Apa yang berlaku di Palestin bukanlah peperangan, tetapi ia adalah satu bentuk penghapusan etnik," katanya yang sanggup datang berkampung di situ dari Tanjung Malim, Perak.
Piket itu adalah inisiatif warga Malaysia yang prihatin dengan krisis di Gaza, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan, susulan.
Menurut laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh sejak tercetusnya konflik Israel-Palestin di Gaza pada 7 Okt lepas hingga kini.
Piket membabitkan 48 NGO yang merangkumi organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum, dianjurkan sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza, selain menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, di samping mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.
Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Sejagat, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women's Coalition for Al-Quds and Palestine.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023

Walaupun berdepan kesukaran seperti keperluan tandas, cuaca buruk dan sebagainya, namun sokongan masyarakat sekitar menguatkan semangat untuk meneruskan piket. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penduduk Lubnan protes tanda solidariti terhadap rakyat Gaza
Peserta protes menyifatkan perhimpunan di Sidon pada Jumaat sebagai satu usaha kecil yang boleh dilakukan untuk penduduk Gaza.

Solidariti Palestin: Solat hajat selepas Jumaat di masjid, surau di Selangor
Ia bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Zionis Israel langgar gencatan senjata, serang Masjid Al-Aqsa
Tidak sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, rejim Zionis sudah pun melanggar persetujuan tersebut.