KUANTAN: Fuziah (tengah) diiringi Jezlily dan Abdul Aziz menyempurnakan gimik pelancaran Pakej Ubat Farmasi Rahmah di Farmasi AlSyifaa, Kempadang Perdana pada Sabtu
Sebanyak 100 cawangan farmasi komuniti daripada 16 jenama farmasi di empat negeri telah menyertai inisiatif Pakej Ubat Farmasi Rahmah yang dilancarkan pada Sabtu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, fasa pertama inisiatif itu setakat ini disertai farmasi komuniti dari Pahang, Lembah Kelang, Kelantan dan Terengganu.
Menurutnya, program itu sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat melibatkan aspek kesihatan melalui pakej ubat di seluruh rangkaian Farmasi Rahmah.
"Pakej ubat Farmasi Rahmah ini menawarkan penjimatan sehingga 50 peratus daripada harga sebenar.
"Jenis perkhidmatan dan ubatan yang ditawarkan tidak ditetapkan sebaliknya bergantung kepada pihak farmasi itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran Pakej Ubat Farmasi Rahmah di Farmasi AlSyifaa, Kempadang Perdana pada Sabtu.
Turut hadir Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin dan Pengarah Urusan Kumpulan Farmasi AlSyifaa, Abdul Aziz Jamaludin.
Fuziah berkata, pelancaran pakej itu dilihat kena pada masanya ketika orang ramai sedang melakukan persiapan untuk bercuti sempena Aidilfitri.
"Ubatan antara keperluan yang disediakan ketika bercuti bagi menghadapi kemungkinan demam, batuk, selesema dan sebagainya.
"Melalui inisiatif ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan kos orang ramai untuk pulang ke kampung berhari raya," katanya.
Tambah beliau, konsep Farmasi Rahmah akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat tidak hanya kepada pakej ubatan malah produk kesihatan yang lain juga.
"Kita harapkan konsep ini dapat diperluaskan ke seluruh 4,700 farmasi termasuk kira-kira 2,000 farmasi komuniti di seluruh negara," ujarnya.
Beliau berkata, pihak KPDN menghargai kerjasama farmasi komuniti yang terkehadapan bersama kerajaan dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui inisiatif Farmasi Rahmah itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 15 2023

Fuziah pada sidang akhbar sempena pelancaran Pakej Ubat Farmasi Rahmah di Farmasi AlSyifaa, Kempadang Perdana pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Tiada kenaikan harga secara melampau dikesan di bazar Ramadan - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengesan sebarang kenaikan harga makanan secara melampau di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.

Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.

KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.

Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.