CYBERJAYA: Sebanyak 10 syarikat swasta terbesar akan memeterai memorandum perjanjian (MOA) dengan kerajaan dalam masa terdekat sebagai permulaan ke arah usaha memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Sivakumar berkata kerajaan melibatkan pihak swasta untuk memperkasakan TVET kerana program berkenaan yang kini melibatkan 12 kementerian, menelan belanja yang besar tetapi mahasiswa yang dihasilkan tidak menepati keperluan industri.
Menurutnya, perbelanjaan untuk TVET adalah tinggi sehingga mencapai RM6.7 bilion dan kaedah terbaik adalah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan dan dalam masa sama dapat mengelak masalah ketakpadanan.
"Kerajaan akan menyediakan premis dan tenaga pengajar manakala syarikat swasta terlibat menyediakan peralatan dan teknologi mengikut sektor masing-masing supaya kursus yang dibuat itu benar-benar diperlukan industri," katanya kepada media selepas merasmikan bengkel Young Employable Students (YES!) 2023 anjuran Talent Corp Malaysia (TalentCorp), di sini hari ini.
Sementara itu, Sivakumar berkata program YES! 2023 dijangka menarik 6,000 pelajar terutamanya bakat TVET bagi mengukuhkan usaha mencapai kebolehpasaran pekerjaan.
Menurutnya, program YES! telah memberi manfaat kepada lebih 30,000 pelajar sejak diperkenalkan 2019.
Pelaksanaan inisiatif YES! mengambil kira Kajian Senarai Pekerjaan Kritikal oleh TalentCorp yang mendapati cabaran terbesar dihadapi oleh bakat muda tempatan dalam pasaran kerja adalah jurang kemahiran insaniah seperti komunikasi, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir secara kritis, katanya.
Sementara itu, Sivakumar berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendapat pengiktirafan antarabangsa Zero Project Award dalam kategori pendekatan berinovatif menerusi portal pekerjaan 'MYFutureJobs' atas sumbangan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang memberi akses peluang pekerjaan.
Menurutnya, Perkeso berjaya menempatkan seramai 50,984 individu OKU ke alam pekerjaan dalam tempoh 2020 sehingga kini.
Perkeso menerima anugerah itu bersempena Persidangan Zero Project bertema "Independent Living and Political Participation, and ICT (teknologi maklumat dan komunikasi)" yang dianjurkan di Vienna, Austria baru-baru ini.
Portal MYFutureJobs menyediakan perkhidmatan pekerjaan inklusif dan komprehensif merupakan antara 71 pendekatan atau penyelesaian berasaskan ICT dari 42 negara yang menerima anugerah tersebut dalam kategori pendekatan berinovatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Sivakumar berkata kerajaan melibatkan pihak swasta untuk memperkasakan TVET kerana program berkenaan yang kini melibatkan 12 kementerian, menelan belanja yang besar. - Fail/BERNAMA
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.