10 remaja yang dilaporkan hilang di Bukit Broga semalam berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah perkampungan orang asli Kachau Dalam, Jalan Sungai Lalang Semenyih.
Mereka ditemui sekitar jam 9 pagi tadi.
Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka ditemui kira-kira 10.30 pagi dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan.
Bagaimanapun, beliau berkata seorang pelajar sekolah terbabit dikenali sebagai Mohd Haris Shahrizam, 17, mengalami kecederaan ringan di kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Kajang, Selangor.
"Sembilan lagi dibawa ke pusat kawalan bomba di Paradise Valley Resort berhampiran gunung itu sementara menunggu anggota keluarga datang untuk membawa mereka pulang," katanya.
Sementara itu, ketika ditemui di pusat kawalan bomba itu, seorang mangsa, Mohd Zafran Mohd Azmir, 16, berkata dia mula mendaki gunung itu pada 3.30 pagi Sabtu.
Mohd Zafran berkata disebabkan keadaan sejuk ketika itu mereka berhasrat untuk sampai ke puncak secepat mungkin tetapi dalam separuh perjalanan mereka gagal mengesan tanda arah menuju ke puncak itu.
"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik kerana dalam kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa) yang lain yang turut tersesat semasa pendakian," katanya.
Selepas bergabung dengan kumpulan itu, mereka membuat keputusan meneruskan perjalanan untuk mencari tempat berteduh.
"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa gigihkan diri juga sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam.
"Di situ kami merehatkan diri sebelum ditemui pihak bomba pukul 10.30 pagi tadi," katanya.
Astro Awani
Sun Apr 06 2014
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
10 remaja hilang di Bukit Broga ditemui
10 remaja hilang di Bukit Broga ditemui dalam keadaan selamat di perkampungan orang asli Kachau Dalam, Jalan Sungai Lalang Semenyih.