10 ‘ulat tiket’ berjaya ditahan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit banteras aktiviti ‘ulat tiket’ di Pudu Sentral malam Khamis.
Operasi yang berjalan selama satu jam itu dilakukan secara rahsia bagi mengelak dihidu individu terlibat.
Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Husni Che Ahmad berkata usaha membanteras ‘ulat tiket’ ini akan dipergiat terutamanya di Pudu Sentral berikutan banyak aduan mengenai kegiatan haram itu diterima daripada orang ramai.
“SPAD akan melaksanakan operasi 24 jam selama dua minggu sebelum dan selepas perayaan. Jadi, kita akan mempergiatkan operasi kita banteras kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini di semua terminal di seluruh Semenanjung Malaysia," kata Che Husni pada sidang media di sini malam tadi.
Beliau menambah SPAD akan melaksanakan operasi sama di lokasi lain bagi mengekang kegiatan pemandu teksi dan bas yang mengambil penumpang luar.
Salah seorang ‘ulat tiket’ yang ditahan adalah wanita warganegara Indonesia.
Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 25 tahun hingga 53 tahun.
Mereka didakwa di bawah seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Jika sabit kesalahan, mereka akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sejak Oktober tahun lalu, sejumlah 205 ‘ulat tiket’ berjaya ditahan SPAD termasuk 95 di Pudu Sentral.
Norsiah Mohd Ramli
Fri Jul 03 2015

Operasi yang berjalan selama satu jam itu dilakukan secara rahsia bagi mengelak dihidu individu terlibat.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT
Jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir.

Bulan kemerdekaan: 70 peratus diskaun saman JPJ dan SPAD
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan jabatan itu dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Lori kebal: Seorang penolong penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
Penolong Penguatkuasa berusia 48 tahun itu didakwa menerima suapan keseluruhan berjumlah kira-kira RM6,300 daripada syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

Enam lagi penguatkuasa JPJ didakwa terlibat rasuah
Enam lagi penguatkuasan JPJ Pulau Pinang didakwa atas 14 pertuduhan rasuah melindungi 'lori- lori kebal' di Pulau Pinang.

SPRM bawa enam lagi penguat kuasa JPJ ke mahkamah hari ini
Pendakwaan kes rasuah membabitkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang diteruskan hari ini dengan enam lagi penguat kuasa jabatan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini.

Lima penguat kuasa JPJ, seorang bekas anggota SPAD hadapi 63 pertuduhan rasuah
Kesemua individu tersebut mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan yang dihadapi mereka ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.

Sindiket 'lori kebal': Dua penguatkuasa JPJ, bekas anggota SPAD direman
Mereka direman sehingga 30 April bagi membantu siasatan kes rasuah lori kebal di Pulau Pinang.

Tawaran Gred 19 kepada pegawai berkelulusan ijazah tak masuk akal - Najib
Katanya, mereka yang berkelulusan ijazah tidak patut ditawarkan gred yang sama dengan mereka yang berkelulusan SPM.

Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan CCCC, menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti.

APAD siasat dan kenal pasti punca pelanggan marah pegawai di kaunter
Hasil siasatan lanjut dijalankan ke atas kejadian yang berlaku di pejabat wilayah APAD Kelana Jaya itu mendapati pelanggan terbabit tidak menunggu lama sepertimana didakwa dalam video berkenaan.