GUA MUSANG: Kehabisan bekalan makanan sejak seminggu lepas mendorong 15 Orang Asli dari Pos Balar mengangkut 13 motosikal menyeberangi Sungai Inching untuk keluar dari kawasan penempatan mereka menuju ke bandar Gua Musang, di sini, semalam.
Orang Asli suku kaum Temiar itu terpaksa menggunakan laluan sungai berikutan jalan balak yang menjadi laluan utama mereka rosak akibat cuaca hujan yang berterusan sejak berminggu-minggu, malah terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 10 jam untuk sampai ke pusat bandar.
Penduduk Kampung Tidog, Pos Balar Abu Alang, 41, berkata, mereka hanya menjadikan ubi kayu dan sayur-sayuran yang ditanam sendiri sebagai menu harian sejak seminggu yang lepas sebelum memutuskan untuk keluar membeli bekalan makanan kering di bandar.
"Kami tiada pilihan lain selain terpaksa merentasi jalan sungai kerana sudah kehabisan makanan.
"Biasanya jika tiada makanan di rumah boleh juga pinjam dahulu (makanan) daripada jiran-jiran, tetapi kali ini mereka juga turut kehabisan bekalan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Sari Din, 25, berkata kebiasaannya lima jam diperlukan jika menggunakan jalan balak untuk ke Gua Musang, bagaimanapun perjalanan meredah sungai bersama motosikal menyebabkan mereka mengambil masa hingga 10 jam untuk sampai ke bandar itu.
"Kami keluar beramai-ramai untuk memudahkan kerja-kerja mengusung atau menolak motosikal yang tersangkut dalam lumpur dan sama-sama mengangkut motor melepasi Sungai Inching.
"Kami hanya mampu tawakal kerana tidak tahu paras air sungai itu jadi kami bertolak dari rumah seawal 7 pagi dan sampai ke bandar 5 petang, disebabkan itu kami terpaksa bermalam di rumah tumpangan di bandar Gua Musang sebelum bertolak balik pagi ini," katanya.
Tambah Sari, setiap tahun menjelang musim hujan masyarakat Orang Asli tiada pilihan lain selain menghadapi cabaran jalan rosak dan meredah sungai kerana hanya itu jalan perhubungan yang mereka ada sejak tinggal di perkampungan itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2022
Kehabisan bekalan makanan sejak seminggu lepas mendorong 15 Orang Asli dari Pos Balar mengangkut 13 motosikal menyeberangi Sungai Inching untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. - Gambar ihsan masyarakat Orang Asli Pos Balar
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000
Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Empat daerah dilanda banjir, Terengganu catat peningkatan bilangan mangsa
Empat daerah di Terengganu dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu, setakat 10 malam ini.