KOTA TINGGI: Sebanyak 10 jalan di daerah ini telah ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi, menerusi Facebook rasminya, memaklumkan penutupan itu melibatkan Jalan Tun Sri Lanang (Bandar Kota Tinggi), Jalan Kampung Kelantan atau Kampung Panti serta Jalan Mawai Lama (Rumah Burung).
"Turut ditutup Jalan Sungai Telor selain Jalan Semangar Dalam dan Jalan Kota Tinggi-Kluang (MARA) susulan air deras dengan kesemua jalan berkenaan paras airnya melebihi 0.4 meter," menurutnya, malam ini.
Jabatan itu turut memaklumkan, empat lagi jalan iaitu Jalan Johor Bahru-Endau (Ladang RISDA), Jalan Johor Bahru-Endau (Yatamacity), Jalan Johor Bahru-Endau (sebelum hentian Rehat dan Rawat (RnR) Panti) serta Jalan Johor Bahru-Endau (RnR Panti) turut ditutup sepenuhnya dan pengguna disaran menggunakan jalan alternatif (lencongan).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Abdul Razak Abdullah Sani, ketika dihubungi Bernama malam ini, berkata dua jalan di daerah Mersing turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan Jalan Nitar Utama dan Jalan Nitar-Tanah Abang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Sebanyak 10 jalan di daerah Kota Tinggi telah ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam. - Foto BERNAMA
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Laluan menuju Padang Merdeka ditutup sempena Hari Malaysia
Beberapa laluan akan ditutup secara kekal dan berkala sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, yang akan diadakan di Padang Merdeka bermula pukul 7 malam.
Penutupan Sukma: Polis tutup beberapa laluan ke Stadium Perpaduan Sarawak
Beberapa laluan menuju ke Stadium Perpaduan Sarawak akan ditutup mulai 3 petang Sabtu ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena upacara penutupan rasmi Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui
Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon.
PRK Sungai Bakap: Ini senarai jalan ditutup Sabtu ini
Beberapa jalan akan ditutup pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Sabtu ini.
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Aidilfitri: 4 jalan di Machang ditutup bermula 7 April - JKR
Empat jalan raya di jajahan Machang akan ditutup sementara kepada pengguna selama seminggu bermula Ahad depan sempena Aidilfitri.
Laluan lebuh raya Ipoh-Terowong Menora telah dibuka
Laluan lebuh raya arah utara antara Ipoh ke Terowong Menora telah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula jam 4.15 petang pada Ahad.
Keberangkatan balik YDPA, ini senarai jalan yang ditutup pada Selasa
Tujuh laluan di sekitar ibu negara akan terlibat dengan penutupan penuh manakala 13 laluan akan ditutup secara berperingkat pada Selasa ini sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong.
Banjir: 1,684 mangsa di empat negeri setakat 6 pagi
Jumlah mangsa tertinggi masih direkodkan di Terengganu dengan 1,378 orang ditempatkan di 14 PPS di Dungun.