NIBONG TEBAL: Beberapa jalan akan ditutup pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Sabtu ini.


Ringkasan AI
  • Beberapa jalan di kawasan Dewan Serbaguna Jawi akan ditutup sementara pada hari penamaan calon PRK Sungai Bakap dari 11.59 malam Jumaat hingga 3 petang Sabtu.
  • Jalan yang akan ditutup termasuk Jalan Serindit, jalan susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS, dan jalan susur Jabatan Kerja Raya SPS.
  • Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik, menggunakan laluan alternatif, dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh menghalang lalu lintas.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Chong Boo Khim berkata jalan yang terlibat akan ditutup sementara bermula 11.59 malam Jumaat hingga 3 petang Sabtu.

"Bagi melancarkan proses penamaan calon, beberapa jalan iaitu Jalan Serindit, jalan susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan jalan susur Jabatan Kerja Raya SPS di kawasan Dewan Serbaguna Jawi akan ditutup.

"Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin dan mengenal pasti laluan-laluan yang ditutup serta menggunakan laluan alternatif agar tidak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata orang ramai yang hadir ke lokasi penamaan calon dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan seperti kawasan perumahan, sehingga boleh menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

-- BERNAMA