ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 26 Mei 2020.
1) COVID-19: 187 kes baharu, 62 pulih dan tiada kematian
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,448 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.
2) KKM kesan kontak rapat pegawai depoh tahanan imigresen positif COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan kontak rapat seorang pegawai pentadbiran di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih yang disahkan positif COVID-19.
3) COVID-19: Malaysia masih guna ubat 'hydroxychloroquine' untuk rawat pesakit
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penggunaan ubat tersebut termasuk kesan sampingan kepada pesakit.
4) Penginapan sesak antara punca utama penularan COVID-19 kluster tapak pembinaan
Mengulas perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penginapan yang sesak mengakibatkan penghuni tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial.
5) PKPB: Padah palsu surat kebenaran rentas negeri sambut Aidilfitri di kampung
Tindakan seorang penjawat awam memalsukan surat kebenaran merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung di Pendang membawa padah apabila dia dan keluarganya tidak dibenarkan kembali ke Putrajaya.
6) 40,000 peluang pekerjaan akan diwujud menerusi pakej rangsangan ekonomi keempat Singapura
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu, Heng Swee Keat, pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sebagai ‘Fortitude Budget’ itu bernilai S$33 bilion (RM101 bilion).
7) #IndonesiaTerserah! Luahan kecewa akibat terlalu ramai tidak patuh penjarakan sosial
Kata kunci "Indonesia? Terserah!!!" menjadi trending di media sosial akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat disana yang gagal mematuhi penjarakan sosial yang telah ditetapkan dalam membendung wabak COVID-19.
8) WHO beri amaran mungkin berlaku puncak kedua peningkatan kes COVID-19
Pengarah Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata, lengkungan gelombang pertama penularan virus tersebut mungkin akan mengandungi puncak kedua pada grafnya.
9) COVID-19: Kanak-kanak bawah dua tahun tidak digalakkan pakai 'mask'
Perkara itu dimaklumkan sebuah Persatuan Perubatan Jepun yang turut menggesa ibu bapa memandang serius kepentingan memahami risiko berkenaan.
10) Arab Saudi akan hentikan perintah berkurung pada 21 Jun, kecuali di Mekah
Arab Saudi akan mula mengurangkan sekatan pergerakan dan perjalanan minggu ini, lebih dua bulan selepas pergerakan diperketatkan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Astro Awani
Tue May 26 2020
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut
Menurut Reuters Institute Digital News Report dan Oxford University, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan skor 64 peratus.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawanan
Astro AWANI melakar sejarah sekali lagi apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, yang menggariskan panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI
Astro AWANI sekali lagi ke hadapan sebagai platform perantara isu yang paling kerap didebatkan dalam masyarakat terutamanya mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI).