PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 1 Mac untuk keputusan rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan kerana merogol pembantu rumahnya pada 2019.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas mendengar rayuan berkenaan.
Turut sama bersidang Hakim Datuk Azman Abdullah dan Hakim Datuk S M Komathy Suppiah.
Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Yong berhujah anak guamnya telah dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.
Beliau berkata pemeriksaan balas yang berkesan tidak dapat dicapai kerana wajah saksi, yang juga mangsa tidak dapat dilihat semasa mangsa memberi keterangan.
"Adalah penting bagi perayu untuk bertemu dan berdepan dengan penuduh (mangsa). Ia adalah hak tertuduh untuk memeriksa balasa saksi tanpa halangan.
"Bahasa badan, misalnya, perubahan postur, ekspresi muka, gerak isyarat liar dan perubahan suara secara tiba-tiba adalah sebahagian daripada sikap yang memberikan ujian asid kredibiliti," katanya.
Hisyam berhujah hakim perbicaraan telah secara salah menggunakan Seksyen 265A Kanun Prosedur Jenayah yang memihak kepada mangsa, iaitu merupakan saksi pendakwaan ke-15.
"Peruntukan ini bermula apabila pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk melindungi identiti saksi dan apabila permohonan itu dibuat, mahkamah akan mengadakan inkuiri menerusi kamera tanpa penyertaan tertuduh atau peguamnya.
"Keterangan oleh saksi tidak dapat dilihat dan hanya suara dapat didengar,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah adalah normal bagi mangsa rogol untuk memberi keterangan di mahkamah tanpa berdepan dengan mana-mana pihak kecuali hakim yang mengendalikan perbicaraan itu.
"Perayu mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil adalah tidak benar kerana beliau mempunyai hak untuk memeriksa balas mangsa," kata Mohd Amril yang turut dibantu oleh TPR Mohd Fuad Abd Aziz.
Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong, 53, bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun dalam bilik di rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 dan 9.15 malam, 7 Julai 2019.
Yong diberi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi membenarkan Yong dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam keputusannya, berkata mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Yong bahawa insiden rogol itu tidak berlaku, tidak boleh dipercayai, hanya penafian dan difikirkan kemudian.
- Bernama
Bernama
Tue Jan 30 2024

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong, bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun dalam bilik di rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 dan 9.15 malam, 7 Julai 2019. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

1 Mac keputusan rayuan bekas ADUN Tronoh terhadap sabitan rogol amah
Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 1 Mac untuk keputusan rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan