SHAH ALAM: Seramai 66 ahli sindiket penipuan atau 'scammer' platform e-dagang dan 1,433 pemilik akaun keldai berjaya ditahan dalam Op Merpati yang dijalankan bermula 13 hingga 30 April lalu di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, operasi khas tersebut dijalankan berikutan jumlah aduan yang diterima berkaitan jenayah komersial tersebut mencecah 2,070 kes membabitkan kerugian bernilai RM26.67 juta sejak bulan Januari hingga Mac 2022.
Menurutnya, sepanjang tahun 2021, pihaknya menerima sebanyak 9,574 aduan berkaitan penipuan menerusi platform e-dagang melibatkan jumlah kerugian mencecah RM74.08 juta di seluruh negara.
"Perkembangan dan kecanggihan teknologi serta penggunaan internet turut membuka peluang kepada perlakuan jenayah komersial tersebut.
"Antara kategori jenayah menggunakan medium internet yang dilihat aktif pada masa ini adalah penipuan e-dagang atau pembelian secara dalam talian," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Beliau berkata, hasil risikan dan pemantauan berterusan, pihak JSJK Bukit Aman berjaya menumpaskan enam sindiket penipuan e-dagang dengan tertangkapnya 66 suspek dalam serbuan ke atas enam pusat panggilan yang giat mencari mangsa di seluruh negara.
Mohd Kamarudin berkata, keseluruhannya seramai 1,499 ahli sindiket dan pemilik akaun keldai yang mempunyai kaitan dengan sindiket terbabit telah ditahan dalam operasi khas tersebut.
"Sepanjang operasi tersebut, Selangor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi seramai 224 suspek, Kuala Lumpur (180), Johor (166), Perak (126), Sarawak (108), Sabah (103), dan Melaka (101).
"Manakala tangkapan di Pulau Pinang melibatkan seramai 97 suspek, Negeri Sembilan (89),Kedah (81), Pahang (94), Perlis (30), Terengganu (50) dan Kelantan (50)," katanya.
Katanya, sebahagian daripada tangkapan telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan serta Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati jika melakukan transaksi secara dalam talian dengan individu atau pihak yang tidak dikenali supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 12 2022
![1,499 pemilik akaun keldai, 'scammer' ditahan 1,499 pemilik akaun keldai, 'scammer' ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652269811_scam.jpg)
Seramai 66 ahli sindiket penipuan atau 'scammer' platform e-dagang dan 1,433 pemilik akaun keldai berjaya ditahan dalam Op Merpati yang dijalankan bermula 13 hingga 30 April lalu di seluruh negara. -Gambar hiasan
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![1,499 pemilik akaun keldai, 'scammer' ditahan 1,499 pemilik akaun keldai, 'scammer' ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652269811_scam.jpg)
1,499 pemilik akaun keldai, 'scammer' ditahan
Sepanjang tahun 2021 pihaknya menerima sebanyak 9,574 aduan berkaitan penipuan menerusi platform e-dagang melibatkan jumlah kerugian mencecah RM74.08 juta di seluruh negara.