KUALA KRAI:Seramai 1,000 penduduk di empat kampung dekat sini terputus hubungan berikutan Jambatan Kuala Pertang ditenggelami air susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas.
Penduduk, Ahmad Che Nok, 72, berkata kawasan terlibat ialah Kampung Kuala Pertang, Kampung Tanjung Kala, Kampung Pasir Jering dan Kampung Tanjong Pagar.
"Sudah tiga kali jambatan ini ditukar dan lebih 30 tahun penduduk menggunakannya setiap hari namun apa yang mengecewakan ialah apabila berlaku banjir, jambatan ini sering ditenggelami air.
"Penduduk di empat kampung tidak mempunyai jalan alternatif lain, hanya bot tambang sahaja yang ada sekiranya mahu keluar untuk urusan mustahak seperti membeli makanan, barangan dapur dan mendapatkan rawatan jika sakit," katanya semasa ditemui di Kampung Kuala Pertang di sini hari ini.
Beliau berkata setiap kali tiba musim tengkujuh, penduduk terperangkap apabila jambatan utama di situ tenggelam disebabkan pembinaannya yang berketinggian hanya 2.4 meter berbanding paras air melebihi 3.7 meter beberapa hari lepas.
Ahmad berkata beliau dan beberapa penduduk kawasan sekitar kerap terperangkap kerana jambatan itu mudah tenggelam dan mengambil masa selama dua hingga tiga minggu untuk air surut namun bergantung kepada keadaan cuaca.
"Sudah lama penduduk menghadapi kesulitan ini dan berharap pihak berwajib memberi perhatian untuk menaik taraf jambatan yang banyak memberi manfaat kepada kami," katanya.
Sementara itu, pemandu bot tambang Mohd Sufakimi Che Noh, 26, berkata sejak tiga hari lepas, beliau bertanggungjawab mengemudi bot untuk mengangkut penduduk pergi dan balik kerja serta mereka yang ingin membeli barangan runcit dari Tanjung Kala.
"Setiap hari bermula 7 pagi hingga 7 petang, saya sudah bersiap sedia untuk membawa mereka yang memerlukan khidmat bot tambang dan kadar bayaran yang dikenakan adalah RM2 untuk sehala.
"Secara purata saya membawa sekurang-kurangya 30 hingga 40 penumpang dalam sehari yang mahu keluar untuk melakukan urusan masing-masing," katanya.
Beliau berkata pihak berwajib perlu memberikan perhatian terhadap perkara itu kerana arus sungai yang deras boleh mengancam nyawa pengguna jalan air tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Sekumpulan kanak-kanak menggunakan rakit untuk ke rumah jiran berikutan halaman rumah mereka dipenuhi air banjir ketika tinjauan banjir di Kuala Krai. -Gambar/ Bernama
Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
Banjir: PPS diaktifkan di Kubang Pasu tempatkan 53 mangsa
PPS di Sekolah Kebangsaan Malau itu menempatkan 53 mangsa daripada 15 keluarga dari tiga kampung terjejas.
Perubahan corak, magnitud musim tengkujuh tingkat cabaran pengurusan banjir
PETRA beri tumpuan kepada perlaksanaan projek infrastruktur dan langkah mitigasi untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.
Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir
Selasa lepas, hujan lebat menyebabkan empangan pecah, membanjiri sebahagian besar bandar.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Enam terkorban dalam banjir di Bangladesh
Tanah runtuh besar berlaku pada Khamis di kem pelarian di daerah Cox's Bazar, kira-kira 392 kilometer (km) tenggara Dhaka.