Pasangan selebriti tempatan, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka, seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Pantai, di sini pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Yusry atau lebih mesra dikenali sebagai Yusry KRU menerusi laman Instagramnya.

“Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah,” tulis penyanyi dan pengarah itu.

Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah

A post shared by YusryKRU (@yusrykru) on


Susulan itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk melahirkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Mereka dikurniakan anak pertama pada tahun 2015.