Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna sekali lagi menjadi kebanggaan negara apabila tercalon untuk anugerah BET di Amerika Syarikat.

Anugerah tahunan itu dianjurkan saluran Black Entertainment Television untuk pemuzik Afrika-Amerika serta golongan minoriti yang lain.

Yuna tercalon untuk lagu Crush, yang turut menampilkan pasangan duet Usher, dalam kategori Bet Centric 2017 yang sebelum ini diberikan kepada artis dari genre neo soul atau R&B.

Berita ini turut dikongsi di laman Instagram syarikat pengurusan milik Yuna iaitu Yuna Room Records.



Turut tercalon adalah Fantasia (Sleeping with the One I Love); Kehlani (Distraction); Mary J. Blige (Thick of It); Solange (Cranes in the Sky) dan Syd (All About Me).

Anugerah ini akan berlangsung pada 25 Jun 2017 di Amerika Syarikat.