Penerbit terkenal David Foster mengumumkan di laman Twitternya mengenai album terbaru Yuna bakal dilancarkan pada 29 Oktober nanti di bawah labelnya, Verve Records.

Album yang bertajuk Nocturnal itu mengeluarkan single pertamanya yang bertajuk Falling.










Falling menjadi salah satu lagu dari 11 trek yang dimuatkan dalam album itu.

Yuna menulis sendiri kebanyakkan lagu dan lirik di samping beberapa penerbit antarabangsa antaranya Robin Hannibal yang pernah bekerjasama dengan Pharrell Williams.

Selepas pelancaran album, Yuna dijadualkan menjelajah Amerika Syarikat dan tarikh persembahan bakal diumumkan kelak.

Nocturnal menjadi album kedua Yuna yang diterbitkan di Amerika selepas album pertamanya dua tahun lalu di bawah Fader Label.


Awal tahun ini, penyanyi berusia 27 tahun itu terlebih dulu mengeluarkan EP bertajuk Sixth Street yang memuatkan single, I Wanna Go.

Yuna kini giat menjalani persiapan untuk konsert solonya di Istana Budaya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September ini.