Badan kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diuruskan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin memberi sumbangan berupa barangan keperluan sejadah, telekung, kain pelikat dan Al-Quran kepada mangsa banjir bernilai RM310,000 di Terengganu.
Sumbangan itu diserahkan melalui wakil Pakar Pengendalian Air ke-60 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah, Jeneral (K) Tan Sri Rozali dalam satu majlis di ibu pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Segala keperluan itu dimuatkan ke dalam lima buah trak tentera yang bertolak kira-kira jam 12 tengah hari tadi dari ibu pejabat Syabas di Bangsar.
Kali ini yayasan itu akan bekerjasama dengan Syabas dan RAJD Askar Wataniah bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Terengganu.
Syabas menghantar lima buah lori tangki bagi membantu kerja-kerja pembersihan kawasan perumahan terjejas.
Yayasan Nurjiwa merupakan sebuah badan kebajikan yang berperanan untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, golongan termiskin dan mangsa bencana alam.
Sebelum ini penyanyi nombor satu negara itu telah mengumumkan bahawa akan memberikan sumbangan bernilai RM310,000 pada sambutan hari jadinya, 11 Januari lalu.
Sumbangan tersebut sebahagiannya adalah hadiah hari lahir dari suami dan sebahagian lagi adalah sumbangan yang dikumpul daripada beberapa individu.
Astro Awani
Thu Jan 15 2015

Yayasan Nurjiwa milik Siti merupakan sebuah badan kebajikan yang berperanan untuk membantu golongan yang memerlukan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pesta hari jadi, 13 lelaki dikompaun
Kedegilan 13 lelaki berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari jadi membawa padah apabila masing-masing dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!
Bayi yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun pertamanya hari ini.

Gara-gara suami tak suka kek, isteri kejutkan suami dengan Kek Laksa
Hanya kerana suaminya tidak gemar menikmati kek, menu yang wajib ada setiap kali sambutan hari jadi itu diganti dengan makanan kegemaran suaminya iaitu, laksa.

"She was there for me" - Ini ucapan menyentuh hati Lee Chong Wei buat isteri
Itulah sebenarnya pengorbanan seorang isteri...

"Tima banyak tolong family, sebab tu ..." - Mawar Rashid dedah sikap Emma Maembong
Selamat hari lahir ..

Bakal sambut ulang tahun kelahiran ke-30, ini yang dilakukan Neelofa...
Menurut Neelofa, majlis keagamaan ini berkonsepkan perkongsian ilmu yang memberi fokus terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Aeril Zafrel hadiahkan kereta mewah untuk Wawa Zainal
Aeril Zafrel membuat kejutan istimewa buat isterinya, Wawa Zainal, apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Anda bukan peminat fanatik Siti Nurhaliza kalau tidak tahu 10 lagu ini
Sempena meraikan hari jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza ke-39 tahun ini, kami senaraikan 10 lagu malar segar terbaik yang pastinya menjadi siulan hingga kini.

Bertuahnya Eina Azman, dapat telefon bimbit sama harga sebuah kereta
Pelakon Eina Azman berkongsi detik bahagia dihadiahkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sebuah telefon pintar mewah.

'Tiada beg berjenama, hanya makanan dalam beg kertas itu'
Sumber yang mendakwa mengenali pelajar berkenaan memberitahu, apa yang diperkatakan netizen adalah fitnah semata-mata.