MELAKA: Kedegilan 13 lelaki berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari jadi membawa padah apabila masing-masing dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Tindakan kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun yang meraikan majlis itu di sebuah premis di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, dikesan selepas pihak polis menerima laporan berhubung video berkaitan aktiviti berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, susulan itu mereka ditahan menerusi Op Cantas Khas yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
“Pada Rabu, satu laporan polis dibuat berkaitan video memaparkan sekumpulan lelaki sedang berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari jadi selain disyaki terdapat juga unsur-unsur kongsi gelap.
“Risikan polis kemudian mendapati kejadian berlaku pada Isnin sekitar 4.30 petang hingga 11.30 malam di sebuah premis perabot yang dianjurkan oleh seorang lelaki tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, pada penghujung video berdurasi tiga minit 54 saat itu, terdapat dua lelaki telah menunjukkan beberapa isyarat tangan yang disyaki mempunyai unsur kongsi gelap semasa memotong kek hari jadi.
“Pihak polis turut merampas telefon bimbit salah seorang individu yang merakam kejadian tersebut dan kesemua tangkapan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah rakaman percakapan selesai diambil.
“Polis Melaka memandang serius sebarang aktiviti berkaitan kumpulan kongsi gelap dan masyarakat diingatkan supaya tidak memasukkan elemen kongsi gelap dalam apa-apa aktiviti keagamaan, persatuan ataupun upacara kematian,” tegasnya.
Tambah Mohd Sukri, kompaun dikeluarkan di bawah peraturan 16 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Program Pemulihan Negara (PPN) 2021.
Pihak polis turut menjalankan siasatan di bawah seksyen 50(3) dan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jul 22 2021

Tindakan kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun yang meraikan majlis itu di sebuah premis di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, dikesan selepas pihak polis menerima laporan berhubung video berkaitan aktiviti berkenaan. - Foto PDRM
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor
Penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.

Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000
Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.

Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.

PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran
Weng Kian Yong berkata, dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan melanggar penjarakan fizikal.

Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.

Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar SOP.

154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.

JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan
JKNJ juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.