JOHOR BAHRU: Seramai 145 pengunjung termasuk seorang penjaga premis di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru dikompaun berjumlah RM145,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dalam serbuan pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.
Katanya, hasil maklumat awam dan risikan mendapati operasi pusat hiburan berkenaan melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN fasa 4 2021, yang masih lagi dikuatkuasakan ketika ini.
Selain itu semua pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi meskipun negara telah memulakan Fasa Peralihan Ke Endemik, 1 April lalu.
"Tindakan kompaun kepada mereka yang berada dalam keadaan begini, memang tidak ada penjarakan langsung di sini dan juga memang tak dibenarkan aktiviti pusat hiburan sehinggalah 15 haribulan seperti yang telah diwar-warkan kerajaan,” katanya.
Katanya lagi, hasil saringan air kencing, seorang wanita dan tiga lelaki didapati positif dadah jenis ketamin dan benzo.
Empat individu itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam serbuan sama, polis menahan seorang wanita berumur 43 tahun kerana mempunyai rekod dikehendaki polis berkaitan kes narkotik.
Turut dirampas, pelbagai peralatan elektronik berkaitan hiburan bernilai RM20,000.
Kesemua mereka, berumur antara 17 hingga 50 tahun yang ditahan menerusi Op Hiburan itu, telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Johor Bahru Selatan bagi proses dokumentasi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan Negeri Johor dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.
Astro Awani
Fri Apr 29 2022

Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.- Foto Astro AWANI
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000
Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.

147 pengunjung pusat hiburan dikompaun kerana langgar SOP
Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 53 tahun itu ditahan menerusi Op Hiburan pada kira-kira 10.30 malam.

Op Hiburan: 22 dikompaun RM150,000 ingkar SOP
Dalam operasi itu, 12 lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga China turut didapati positif dadah.