KUMPULAN heavy metal terkemuka tanah air XPDC Kita Pengyu mengotakan janji mereka untuk menghulurkan bantuan kepada pengulas sukan Astro Arena, Akbar Sahari yang bertungkus lumus mengumpul dana bagi menampung kos rawatan isterinya Noorsuzilawati Mohd Nor, 43.
XPDC Kita Pengyu menerusi pengurusnya Yazid Selamat dan pemain bass kumpulan itu Zuar menyerahkan sumbangan wang tunai kepada pasangan tersebut di sebuah hospital di ibu negara petang Ahad.
Menurut Yazid, dana tersebut adalah hasil kutipan tabung yang disumbangkan oleh peminat XPDC Kita Pengyu yang hadir pada konsert yang diadakan Sabtu malam di Sungai Besi.
"Dalam konsert yang berlangsung malam tadi kita telah menggerakkan tabung bantuan buat Akbar di tengah-tengah ribuan peminat yang telah hadir.
"Alhamdulillah, ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan peminat tegar kami yang turut bersimpati dengan apa yang telah menimpa Akbar dan isterinya.
"Kami harap bantuan ini dapatlah sedikit sebanyak mampu menampung dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka ketika ini," katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu Akbar yang cukup terharu dengan inisiatif yang dilakukan oleh XPDC Kita Pengyu amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.
Baginya, ia adalah usaha yang besar dan cukup bermakna buatnya dan keluarga memandangkan ketika ini keadaan amat sukar buat dirinya dalam memikirkan jalan terbaik bagi menampung kos perubatan isterinya.
"Ia luar biasa sebenarnya dan saya amat terharu dengan apa yang telah mereka lakukan.
"Sungguh tidak mampu dijangka di sebalik penampilan dan gelaran rock yang sering kita lihat dalam kalangan mereka, tetapi sebenarnya mereka cukup prihatin dan berhati mulia dengan tampil untuk membantu dengan penuh kejujuran.
"Bahkan merekalah pihak pertama yang hadir memberikan sokongan dan kesanggupan untuk turut sama membantu saya dan isteri," jelas Akbar yang turut hadir pada konsert yang berlangsung malam tadi atas jemputan XPDC Kita Pengyu.
Sementara itu, menurut Zuar, tabung prihatin yang diwujudkan itu akan terus bergerak untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
"Dalam kes Akbar dan isteri ni kita cubalah bantu apa yang mampu dan sekiranya ada keperluan kita akan sambung lagi dalam show yang seterusnya.
"Sebelum ni pun tabung kita ni sebenarnya pernah juga membantu rakan-rakan artis yqng lain juga dan kita harap ia dapatlah menyumbang untuk meringankan bebanan mereka, Insya-Allah," kata Zuar lagi.
Isteri Akbar, Noorsuzilawati terlantar di hospital akibat penyakit kanser usus tahap empat yang dideritainya sejak 2020.
Difahamkan kanser itu telah merebak ke bahagian paru-paru dan hati serta perut.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jun 23 2024
XPDC Kita Pengyu menyerahkan hasil sumbangan tabung prihatin kepada Akbar (berdiri, kanan) serta isteri di hospital hari ini. -Astro AWANI
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
Lebih 5,000 peminat bersolidariti dalam konsert terbesar XPDC Kita Pengyu di MAHA 2024
Isu cubaan menyalahgunakan nama dan lagu kumpulan berpunca daripada individu yang kecewa kerana gagal mengambil alih pengurusan XPDC Kita Pengyu.
'Sampah sarap jangan dibawa masuk dalam industri' - XPDC Kita Pengyu
XPDC Kita Pengyu menganggap kehadiran band tiruan yang menggunakan nama dan lagu mereka tidak seharusnya dilayan bahkan jauh sekali tidak layak untuk bersaing dalam industri muzik tanah air.
XPDC Kita Pengyu kotakan janji bantu pengulas sukan Astro
Isteri Akbar, Noorsuzilawati terlantar di hospital akibat penyakit kanser usus tahap empat yang dideritainya sejak 2020.
XPDC Kita Pengyu lancar tabung prihatin bantu isteri pengulas sukan Astro
Anggota XPDC Kita Pengyu berasa terpanggil untuk turut sama membantu meringankan beban Akbar memandangkan Astro selama ini banyak membantu mereka dalam industri muzik tanah air.
XPDC tempa nama, satu-satunya kumpulan rock dibenar buat persembahan di Terengganu
Ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini
Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.