WALAUPUN sudah lebih tiga bulan pemergian Raja Metal Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael XPDC, kumpulan heavy metal terkemuka tanah air XPDC Kita Pengyu masih tidak putus-putus menerima jemputan mengadakan konsert di seluruh pelusuk tanah air.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan mereka akan mengadakan persembahan, malah sehingga ke Terengganu yang sebelum ini dikenali sebagai sebuah negeri yang dianggap agak sukar bagi band berentak keras menembusinya.
XPDC Kita Pengyu yang kini sudahpun memilih Ary sebagai penyanyi baharu bagi meneruskan legasi mereka, kelihatan sudah diterima hampir kesemua peminat tegar kumpulan tersebut.
Sejak kehilangan Mael April lalu, XPDC Kita Pengyu telah melancarkan konsert ‘Tribute To Legend’ bagi mengenang jasa dan pengorbanan Mael dalam meletakkan XPDC di persada industri hiburan tanah air sejak penubuhannya.
Rupanya tidak hanya peminat tempatan yang mahu turut sama memberikan sokongan kepada Zua, Amy, Jeff, dan Ary. Terbaharu mereka kini dijemput oleh Project Sixty Nine Pte Ltd untuk mengadakan konsert di Singapura pula.
Menurut wakil penganjur, Muhd Faizhul Mohd Noor, sebenarnya peminat XPDC di Kota Singa sudah lama dahagakan aksi band tersohor itu memandangkan kali terakhir mereka ke sana adalah sekitar tahun 2012.
“Sejak pemergian arwah, lagu arwah viral dengan konsep (Tribute To Legend) yang diberikan selain lagu-lagu arwah yang diketahui memberikan makna yang mendalam.
“Setelah pihak kami membuat pemerhatian, kami dapati kumpulan XPDC kali terakhir membuat persembahan di Singapura pada tahun 2012, dan kini tiba masanya untuk XPDC membawa legasi arwah Mael setelah sedekad tidak tampil bersama peminat di Singapura.
“Untuk memeriahkan lagi konsert ini, kami turut mengundang band Kristal untuk membuat persembahan,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Malah, lebih menarik lagi apabila konsert yang dijadual pada 27 September 2023 itu bakal dilangsungkan di sebuah venue berprestij iaitu Star Theatre yang mampu menampung jumlah penonton yang ramai.
Menurutnya lagi, konsert tersebut yang diberi nama "Tribute To Mael, Legacy Continues..." itu juga akan menyajikan beberapa segmen istimewa khas untuk penonton yang hadir pada hari tersebut.
“Kali ini peminat dapat menyaksikan konsert Live di 'Indoor’, satu lokasi yg terbaik kepada dua-dua pihak iaitu artis dan juga peminat untuk menonton persembahan dengan selesa.
“Dan yang paling teristimewa sekali, kami selaku pihak penganjur turut menjemput keluarga arwah Mael untuk hadir ke konsert ini dan bertemu muka dengan peminat mereka di sini,” katanya lagi.
Ramai peminat tegar XPDC Kita Pengyu di Singapura juga, katanya, turut terasa akan kehilangan Mael pada April lalu. Justeru konsert ini akan dijadikan platform untuk melepaskan rindu yang telah sekian lama dinantikan peminat selepas hampir 10 tahun berlalu.
Malah, XPDC Kita Pengyu, katanya, merupakan antara band heavy metal yang paling digemari di negara itu.
Maka, tidak hairanlah lagu-lagu lama mereka juga tidak pernah lekang berkumandang dimainkan oleh peminat mereka di Singapura walaupun selepas pemergian Mael.
‘Tribute To Mael, Legacy Continues..’ jelasnya adalah ruang terbaik bagi peminat XPDC Kita Pengyu untuk menunjukkan rasa prihatin serta penghargaan kepada Allahyarham Mael menerusi ahli keluarga mereka yang turut dijemput pada hari konsert tersebut.
“Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.
“Bagi peminat yang mahu turut sama bersama XPDC Kita Pengyu pada malam itu boleh mendapatkan tiket berkenaan secara dalam talian di www.sistic.com.sg,” katanya lagi.
Sementara itu Pengurus XPDC Kita Pengyu, Yazid Selamat mengesahkan bahawa kumpulan tersebut telah mengadakan perbincangan dengan pihak penganjur dan bersetuju untuk mengadakan konsert berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.
Malah, XPDC Kita Pengyu katanya cukup terharu dengan usaha yang telah dilakukan oleh pihak Project Sixty Nine Pte Ltd dalam menghargai jasa Allahyarham Mael.
“Ini adalah satu komitmen yang dijanjikan khas kepada peminat tegar kami di Singapura yang selama ini setia teguh berdiri menyokong XPDC Kita Pengyu.
“Sudah pastinya kami akan cuba memberikan mutu persembahan yang terbaik pada hari tersebut sebagai menghargai sokongan mereka selama ini.
"Usaha penganjur iaitu Project Sixty Nine Pte Ltd adalah sesuatu yang luar biasa dan ini adalah masa terbaik untuk kami membalas jasa peminat di Kota Singa sana,” kata Yazid.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jul 16 2023
Konsert yang diberi nama "Tribute To Mael, Legacy Continues..." itu juga akan menyajikan beberapa segmen istimewa khas untuk penonton yang hadir pada hari tersebut. -XPDC Kita Pengyu
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu ini
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Adakah tarif Trump bakal cetuskan perang dagang global?
Ketegangan perdagangan semakin memuncak dengan tindak balas Mexico, Kanada, dan China terhadap tarif Amerika Syarikat. Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kita kupas kesan dasar ini kepada ekonomi global, impak jangka panjang kepada A.S., dan bagaimana negara lain menyesuaikan strategi perdagangan mereka.
Mengapa FBMKLCI Menurun Walaupun Ekonomi Malaysia Kukuh? | Januari 2025
Pada Januari 2025, FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak -5.20% walaupun terdapat laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa ini berlaku? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaksepadanan antara data ekonomi dan prestasi pasaran? Sertai kami bersama Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, untuk membincangkan fenomena ini.
EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United
Keputusan itu menyaksikan Palace melonjak ke tangga ke-12, dan The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Seramai 15 saksi akan hadir memberi keterangan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.
Tarif AS: Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia - Scholz
Canselor Jerman, Olaf Scholz menyeru agar sekatan perdagangan tidak digunakan memecahbelahkan dunia, lapor Reuters. Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Ahad, beliau akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati, dipengaruhi tarif AS
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.41–RM4.44 minggu depan, dengan trajektori bergantung pada dasar tarif AS dan hubungan perdagangan Malaysia-China.
Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini
Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.
'Mael XPDC tiada galang ganti, sanggup sembunyikan sakit demi peminat'
Ketika ada suara yang mengkritik atau mempersoalkan keupayaan vokalnya di pentas, dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu dalam kalangan peminatnya tahu masalah kesihatannya itu.