Waris-waris Allahyarham AR Tompel yang terdiri daripada isteri, anak-anak serta cucu mengemukakan tiga tuntutan berhubung penyiaran telefilem biopic Saloma.
Peguam, Khairul Azam Abd Aziz yang mewakili ahli keluarga berkata, tiga tuntutan tersebut adalah penayangan telefilem berkenaan dihentikan serta-merta.
Tuntuan kedua ialah membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel serta mahukan rundingan diadakan di antara keluarga AR Tompel dan pihak yang terlibat dengan telefilem Saloma.
“Tuntutan ini dibuat kerana ia melibatkan emosi dan maruah keluarga yang berasa tersinggung dengan watak AR Tompel yang ditampilkan dalam telefilem tersebut yang telah menjejaskan imej arwah serta tidak dirujuk dari sumber yang tepat” jelas Khairul di sidang media yang diadakan pada Khamis di bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama waris-waris AR Tompel.
Kata Khairul lagi, notis tuntutan telah dikeluarkan pada 26 September lalu dan ianya telah diterima pihak Astro.
Sidang media tersebut dihadiri oleh 11 orang anak AR Tompel antaranya adalah AR Badul, Amran Tompel, Azman Tompel , Adlin Aman Ramlie serta bekas isteri Allahyarham, Ruminah Sidek.
Allahyarham mempunyai 18 orang anak dan dua daripadanya telah meninggal dunia termasuk Armali Arman Tompel iaitu anak hasil perkahwinan Tompel dengan Saloma.
Selain tiga tuntutan, waris Allahyarham juga tidak berpuas hati dengan 29 perkara di dalam beberapa adegan telefilem Saloma.
Kata Adlin, 90 peratus dari segi watak penceritaan adalah tidak benar dan interpretasi yang salah.
“Salah satu perkara adalah ketika adegan Saloma keluar rumah sewa dengan sarat mengandung kemudian terlihat Tompel sedang bersama perempuan lain, dan switch to babak Saloma makan nenas mahu mengugurkan kandungan.
"Babak tersebut menunjukkan pengarah dan penulis mahu Tompel dilihat kejam dan Saloma dilihat seakan tersangat benci kepada Tompel,” kata Adlin.
Selain itu, abang kepada Adlin, Amran berkata, penayangan telefilem tersebut menyebabkan dirinya dihujani banyak persoalan.
“Semasa itu saya belum lagi sempat menonton telefilem ini, tapi bila saya ke surau dan ke pasar orang mula bertanya dan memberi komen ‘Betulkah Tompel begitu?’... ‘Kasihan Saloma Tompel buat macam tu'.
"Komen tersebut menyebabkan saya menonton telefilem itu dan saya berasa sedih apabila bapa saya digambarkan begitu," katanya.
Sementara itu, pihak Astro mengesahkan telah menerima notis daripada waris AR Tompel yang menggesa telefilem Saloma yang sedang bersiaran di Astro First, dihentikan.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh memberitahu pihak Astro kini sedang meneliti notis yang dihantar waris Allahyarham.
Saloma membariskan pelakon terkenal termasuk Nabila Huda, Tony Eusoff, Azhan Rani, Sazzy Falak dan Sharifah Amani.
Azyyati Ahmad
Thu Oct 09 2014

Sidang media pada Khamis dihadiri oleh 11 orang anak AR Tompel antaranya adalah AR Badul, Amran Tompel, Azman Tompel , Adlin Aman Ramli serta bekas isteri Allahyarham, Ruminah Sidek.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Filem Malbatt: Misi Bakara mula tayang 24 Ogos depan
Pengarah filem Malbatt: Misi Bakara Adrian Teh memaklumkan filem yang mengangkat perjuangan kisah wira negara sekali gus dapat dijadikan inspirasi penonton akan mula ditayang bermula 24 Ogos ini.

'Projek: Anchor SPM' bukan 'Bad Genius' kerana...
Siapa dah bersedia nak ambil SPM balik?

KLWBC 2020 dan monomania ala Adlin Aman Ramli
Idea menjelmakan semula watak Abdul Fakar si petualang dalam novel Salina karya A Samad Said satu imaginasi kreatif yang sangat menarik.

Waris AR Tompel kemukakan tiga tuntutan berhubung telefilem 'Saloma'
Waris-waris Allahyarham AR Tompel yang terdiri daripada isteri, anak-anak serta cucu mengemukakan tiga tuntutan berhubung penyiaran telefilem biopic 'Saloma'.