KUALA LUMPUR: Filem Malbatt: Misi Bakara bakal mengangkat perjuangan kisah wira negara sekali gus mengangkat inspirasi penonton akan mula ditayang di seluruh pawagam bermula 24 Ogos ini.
Pengarah merangkap producer filem itu, Adrian Teh memberitahu, besar harapannya agar penonton menghargai pengorbanan dan pahit jerih anggota keselamatan dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.
"Untuk mengarah filem ini dan tayangan pula diadakan sempena bulan Kemerdekaan, ia merupakan salah satu strategi untuk memupuk semangat kebangsaan dan patriotik dalam kalangan rakyat.
"To call them that we as Malaysian, we are small country tapi we are proud of ourself. Benda ini sangat penting," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran filem Malbatt: Misi Bakara di GSC, Mid Valley pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon Adlin Aman Ramli yang membawa watak Kolonel Rahman meletakkan harapan tinggi agar kutipan filem itu meraih lebih RM60 juta di pawagam.
"Secara kasar kos perbelanjaan melebihi RM20 juta, kalau kita bercakap ratio kutipan tiket daripada seorang produser dan dibahagikan dengan pawagam, saya rasa kutipan tidak harus kurang daripada RM60 juta.
"Pada saya, mungkin Adrian dan penaja ada sasaran yang lain. Tetapi saya rasa dia tidak boleh kurang daripada itu kerana kita ada trend sebelum ini, Mat Kilau mencapai kutipan itu. Sama ada kita berada dalam lingkungan puluh juta, RM80 juta ke atas sudah cukup baik," katanya.
Malbatt Misi Bakara dipersembahkan Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.
Filem itu merupakan kisah benar mengenai operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam perang saudara di Somalia yang juga pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood, Black Hawk Down.
Faida Rahim
Tue May 30 2023
Adrian memberitahu, besar harapannya agar penonton menghargai pengorbanan dan pahit jerih anggota keselamatan dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman. - Gambar Astro AWANI
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Malbatt: Misi Bakara pupuk semangat patriotik melalui kisah benar
Filem "Malbatt: Misi Bakara" diyakini mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton kerana ia berdasarkan kisah misi dan perjuangan sebenar anggota Batalion Malaysia (Malbatt).
Hairul Azreen umum bersara jadi pelakon, Malbatt: Misi Bakara filem terakhir
Keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.
Disangka perang sebenar, pengarah cemas penggambaran 'Malbatt' hampir batal
Penggambaran filem itu yang melibatkan pelbagai aksi termasuk tembak-menembak dan letupan telah menimbulkan salah faham sehingga menjadi tular di negara tersebut.
Filem Malbatt: Misi Bakara mula tayang 24 Ogos depan
Pengarah filem Malbatt: Misi Bakara Adrian Teh memaklumkan filem yang mengangkat perjuangan kisah wira negara sekali gus dapat dijadikan inspirasi penonton akan mula ditayang bermula 24 Ogos ini.
Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down
Filem Malbatt Misi Bakara bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.