Selepas tujuh tahun menerokai bidang fesyen, usahawan Vivy Yusof kini melebarkan sayapnya lagi dengan menceburi segmen kosmetik.
Menerusi syarikat Kumpulan dUCk, rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama dUCk Cosmetics, menampilkan koleksi gincu, pengilat bibir, krim bibir dan palet pembayang.
Sebagai pengasas bersama syarikat, Vivy berkata, walaupun jenama itu lebih terkenal dengan jualan tudung, beliau mahu dUCk dikaitkan sebagai jenama 'gaya hidup'.
"Saya tidak mahu mengehadkan dUCk kepada segmen tudung sahaja, tetapi segmen lain seperti 'home and living' dan 'travel'.
"Saya yakin dUCk ada potensi untuk menjadi jenama bertaraf antarabangsa," kata Vivy kepada Astro AWANI.
Jelasnya, proses membangunkan produk ini telah bermula sejak satu setengah tahun yang lalu.
"Ia merupakan proses yang lama bagi kami kerana ia melibatkan penyelidikan dan pembangunan.
"Saya juga tahu persaingan dalam industri kosmetik juga sangat tinggi, maka saya amat menekankan pembungkusan yang baik," katanya.
Selain itu, katanya bahan-bahan yang digunakan adalah bersih dan selamat dan menepati tahap piawaian tertinggi Kesatuan Eropah (EU).
"Semua bahan yang kami gunakan adalah halal, dan kini kami dalam proses untuk mendapatkan sijil halal.
"Kami harap apabila koleksi kedua dilancarkan, kami sudah mendapat sijil itu," katanya.
Kedai dUCk Cosmetics yang dibuka pada 2 September lalu sudah menyaksikan sambutan memberangsangkan terutamanya di kalangan peminat setia jenama dUCk.
Ia juga merupakan kedai kosmetik tempatan yang pertama dibuka di sebuah pusat beli belah eksklusif, Pavilion Kuala Lumpur, yang terkenal dengan rangkaian outlet berjenama antarabangsa.
"Saya banyak mendengar orang mempersoalkan kualiti jenama tempatan, dan berkata mereka tidak pernah melihat jenama tempatan ini di pusat beli belah.
"Jadi saya mahu buktikan bahawa jenama tempatan juga setanding dengan jenama antarabangsa.
"Saya sangat bersyukur dengan pihak Pavilion kerana memberi kepercayaan kepada dUCk Cosmetics membuka kedai di sini dan saya harap ia memberi inspirasi kepada usahawan lain," kata Vivy.
Tambahnya, dUCk Cosmetics juga dalam rancangan untuk terus mengembangkan lagi perniagaannya.
"Kami mahu mengeluarkan bronzer, pemerah pipi dan penyerlah, termasuk produk mata yang lain.
"Saya juga berminat untuk menerokai segmen kesihatan kulit, tetapi itu masih dalam proses lagi.
"Sekarang kami mahu fokus terhadap produk kosmetik," katanya.
Beliau yakin jika sebelum ini dUCk hanya menarik perhatian mereka yang berhijab, kini ia mampu menarik pelanggan dari pelbagai latar belakang.
Menerusi jenama dUCk, Vivy berharap ia mampu menerbitkan kebanggaan di kalangan pengguna dan peminat dUCk kerana ia adalah produk tempatan.
Dania Zainuddin
Sat Sep 09 2017
VIVY: Saya juga berminat untuk menerokai segmen kesihatan kulit, tetapi itu masih dalam proses lagi. - Gambar fail
Fred Kerley ditahan, direnjat taser oleh polis AS
Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach.
Pakar bedah A.S gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya, kata Pakar Bedah Am Amerika Syarikat, Vivek Murthy, pada Jumaat.
Penerbangan antarabangsa Lapangan Terbang Damsyik kembali beroperasi
Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dijadualkan menyambung semula operasi penerbangan antarabangsa minggu pada 7 Januari.
Mesir hantar pesawat bersama bantuan ke Syria
Mesir pada Sabtu menghantar pesawat bantuan ke ibu negara Syria, Damsyik, buat julung kali sejak kejatuhan kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad.
Menurut Kementerian Luar Mesir, pesawat EgyptAir itu membawa 15 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan.
Menurut Kementerian Luar Mesir, pesawat EgyptAir itu membawa 15 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan.
IDF kongsi rakaman operasi ketenteraan di Gaza
Menerusi rakaman, tentera Israel menunjukkan operasi di bangunan yang musnah sambil melepaskan tembakan.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset, Yuli Edelstein diekori sekumpulan penunjuk perasaan Israel yang mendesak pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza.
IDF kongsi rakaman operasi ketenteraan di Gaza
Pasukan pertahan Israel (IDF) berkongsi rakaman video operasi ketenteraan mereka di kawasan yang didakwa sebagai kompleks persembunyian dan operasi Hamas di utara Semenanjung Gaza.
Kekejaman zionis: 70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam telah meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa, menurut laporan pasukan perubatan Palestin.
Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono
Joe Biden akan menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada 19 tokoh terkenal beberapa hari sebelum tempoh pentadbirannya berakhir.
Anak tiri pengasuh kerabat diraja Britain maut dalam serangan di New Orleans
Raja Charles III dilaporkan amat berdukacita atas kematian anak tiri bekas pengasuh kepada Putera William dan Putera Harry.
Vivy Yusof kini teroka segmen kosmetik
Menerusi syarikat Kumpulan dUCk, rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama dUCk Cosmetics menampilkan koleksi gincu, pengilat bibir, krim bibir, palet pembayang.