Selepas lima pasangan Pelamin Fantasia diberikan tugasan untuk menghasilkan sendiri video pra-perkahwinan mereka, salah satu daripadanya telah mencuri perhatian para penonton.
Video pra-perkahwinan pasangan Syawal dan Fiqa telah mendapat lebih 33 ribu ‘views’ selepas Astro Gempak memuat naik hasil kreativiti pasangan ini pada Khamis.
Kebanyakan penonton yang melihat video penternak lembu dan Fiqa, gadis OKU yang cacat pendengaran dan bisu memberi komen positif.
Tidak kurang juga yang tersentuh dengan jalan cerita dihasilkan pasangan ini kerana mereka terpegun dengan keihklasan Syawal yang sanggup menerima kekurangan pasangannya itu.
KLIK VIDEO
Kebanyakan pemberi komen mahu melihat pasangan itu menjadi juara pertama program realiti ini.
Imbas kembali, ketika tugasan untuk menghasilkan video pra-perkawinan diberikan, lima pasangan iaitu Azrif & Erin, Farhan & Ayu , Hillas & Asmidar , Syawal & Fiqa serta Fadly & Diana bertungkus-lumus mencurahkan idea untuk mengabadikan visual paling kreatif.
Namun, nasib tidak menyebelahi pasangan Farhan dan Ayu apabila mereka disingkirkan pada minggu tersebut (minggu ke-enam).
Pada minggu ini Pelamin Fantasia telah pun tiba pusingan Separuh Akhir dan bakal menyaksikan 3 lagi pasangan iaitu Syawal & Fiqa, Hillas & Asmidar serta Fadly & Diana merebut tempat ke pusingan seterusnya selepas Azrif & Erin meninggalkan mereka semua pada minggu ke-tujuh.
Pasangan manakah yang bakal mendapat pakej tajaan perkahwinan sebanyak RM100, 000? Saksikan Pelamin Fantasia pada Sabtu dan Ahad ini, jam 9 malam secara ekslusif di Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Gempak
Fri May 29 2015

Video pra-perkahwinan pasangan Syawal dan Fiqa mendapat lebih 33 ribu views selepas Astro Gempak memuat naik video tersebut.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Rizalman bengang, baju pengantin Syawal dan Fiqa dilabel 'low class'
Pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim berang apabila baju pengantin rekaannya untuk pasangan juara Pelamin Fantasia Syawal dan Fiqa dikritik.

Juara Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa selamat diijab kabul
Juara Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis gilang-gemilang yang disiarkan secara langsung di saluran Astro RIA, RIA HD.

Penternak lembu & gadis istimewa menang pakej RM100,000 Pelamin Fantasia
Pasangan Syawal dan Fiqa akhirnya diumum sebagai juara musim pertama Pelamin Fantasia dan telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000.

Video pra-perkahwinan penternak lembu, gadis OKU buat penonton tersentuh
Video pra-perkahwinan pasangan Syawal dan Fiqa mendapat lebih 33 ribu views selepas Astro Gempak memuat naik video tersebut.