Pasangan Syawal dan Fiqa akhirnya diumum sebagai juara musim pertama Pelamin Fantasia dan telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000.
Pengumuman tersebut sekaligus meletakkan pasangan pendidik Fadly dan Diyana atau nama sebenar mereka Mohd Fadly Saidin, 31, dan Nur 'Irma Diyana Mohd Norbi, 28, di tempat kedua.
Syawal atau Muhammad Syawaluddin Ghazali, 26, dilihat terkejut saat juri mengumumkan namanya sebagai juara.
Lelaki berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan seorang penternak lembu menyertai Pelamin Fantasia bersama tunangnya, Norafiqah Ma Hassan, 24, atau Fiqa, seorang gadis istimewa yang mempunyai masalah pendengaran.
Impian perkahwinan Syawal dan Fiqa ialah 'Garden Wedding' dan bakal mendirikan rumahtangga pada 13 Jun ini.
Pelamin Fantasia disiarkan sebannyak 20 episod selama 10 minggu pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam bermula 4 April lalu.
Program ini disiarkan secara ekslusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD ( 135).