We are the world
Superstar Michael Jackson (kiri) dan Diana Ross antara tunggak utama dalam lagu ini. - Gambar: YouTube/"We are the world"

Fenomena lagu “We Are The World” memang tidak dapat dinafikan. Tiga puluh tahun yang lampau, lagu tersebut menjadi 'anthem' kepada kesemua pencinta muzik di seluruh dunia.

Bukan sahaja keserasian gabungan melodi dan lirik yang menjadi kunci kejayaan lagu magis ini, malahan ian mampu menjadi malar segar.

Tempoh siar di televisyen mahupun radio yang berkekalan sehinggi ke hari ini juga menjadi kelebihan untuk karya legenda muzik, aktivis dan penghibur, Harry Belafonte ini menjadi siulan peminat muzik. Bait-bait kata yang ringkas cukup untuk golongan muda memahami mesej di sebalik lagu berhantu ini.

Hari ini, "We Are The World menyambut ulang tahunnya yang ke-30.

Lagu yang membawa mesej perpaduan itu dirakam pada 28 Januari 1985.

Sebelum rakaman lagu ini bermula, Belafonte menyimpan hasrat mahu mengumpulkan artis-artis antarabangsa dan menggunakan suara dan bakat mereka untuk misi kemanusiaan.

Ketika itu, krisis keluburan di Afrika merupakan antara isu besar dunia dan lagu "We are the world" dihasilkan untuk mengutip dana demi membantu warga Afrika.

We are the world
Tina Turner dan Billy Joel antara solois yang terlibat. - Photo: Screen grab from YouTube/"We Are The World"
Lagu "We Are The World" merupakan ciptaan Raja Pop, Michael Jackson dan mentornya, Lionel Richie. Melakar sejarah, lagu ini telah menampilkan 45 penyanyi terkenal antarabangsa sebagai solois, barisan korus dan pemuzik orkestra.

Antara nama-nama tersohor termasuk Tina Turner, Bob Dylan, Cyndi Lauper, Willie Nelson, Ray Charles, Stevie Wonder, Bruce Springsteen dan ramai lagi.

Menurut People.com, lebih 20 juta salinan lagu itu berjaya dijual dan ia juga memenangi tiga anugerah Grammy.

Paling penting, ia berjaya mengutip $63 juta untuk didermakan ke bantuan kemanusiaan di Afrika.

Lionel Richie
Lionel Richie sewaktu rakaman 'We Are The World'. - Photo: Screen grab from YouTube/"We are the world"


Antara fakta menarik dari majalah People:
  1. Lirik dan melodi dilengkapkan pada 27 Januari 1985 - sehari sebelum rakaman lagu itu.
  2. Rakaman dilakukan malam yang sama dengan acara Anugerah Muzik Amerika (AMA) yang dihos oleh Lionel Richie. Cyndy Lauper dan Tiny Turner turut membuat persembahan pada AMA dan terus ke studio rakaman selepas anugerah itu selesai.
  3. Selain rakaman lagu "We Are The World" barisan artis turut menyanyikan lagu, Day-O (The Banana Boat Song) sebagai penghormatan untuk Harry Belafonte.
  4. Barang perhiasan milik Cindy Lauper menjejaskan rakaman bahagian solo seorang penyanyi lain.
  5. Pada akhir sesi rakaman, setiap penyanyi meminta autograf masing-masing. "Semua orang mahu sesuatu yang boleh disimpan dan dijadikan kenangan. Semua mempunyai kertas muzik jadi kita semua menandatangani kertas muzik masing-masing,” kata Kenny Rogers.