Ringkasan AI
- Tya Arifin selamat melahirkan anak ketiga, seorang bayi perempuan bernama Aghnia Jiwa, secara normal pada 20 Disember 2024, jam 11.11 malam.
- Bayi tersebut lahir dengan berat 3.6 kg.
- Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 7, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 5.
Bersalin Secara Normal
Berita gembira tersebut dikongsi Tya di Instagram (IG) dengan memuat naik gambar bersama bayi dan suami tercinta, Asyraf Khalid.
Kongsi menantu kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu lagi, bayi perempuan seberat 3.6kg itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 11.11 malam.
Beri Nama Aghnia Jiwa
Lebih manis, nama Aghnia Jiwa dipilih untuk bayi ketiga pasangan tersebut.
“Alhamdulillah mashallah tabarakallah. Bayi kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal.
“Aghnia Amira Jiwa @aghniajiwaasyraf, dengan berat 3.6kg pada hari Jumat 20-12-2024 pada jam 11.11pm,” kongsinya gembira.
Dalam pada itu, Tya turut memohon semua mendoakan urusannya dan keluarga dipermudahkan.
Untuk info, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 7, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 5. -Gempak