Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Tya berharap peminat mendoakan dirinya agar terus istiqomah.
“Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun dia masih lagi tidak mengesahkan sama ada penampilan itu adalah imej atau penghijrahan terbaharunya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan selebriti iaitu Mira Filzah, Syamim Farid dan Eleena Sui juga turut mendoakan Tya.
“Alhamdulillah… Amin… Insha-Allah Tya sayang,” tulis @mfmirafilzah
“Alhamdulillah… Amin… Semoga dipermudahkan urusan untuk Tya,” komen @syamimfarid
“Alhamdulillah… Amin. Insha-Allah, doakan saya juga ya. Sama-sama berusaha ke arah lebih baik,” coret @eleena.sui
Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.