KUALA LUMPUR : Bekas vokalis kumpulan rock tanah air Jinbara, Tia atau nama sebenar Shamsul Bakhtiar Zakaria, meninggal dunia sekitar jam 9.17 malam Rabu.
Berita duka pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad, seperti dipetik Berita Harian.
"Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
"Bagaimanapun saya tidak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami," katanya.
Allahyarham yang berusia 53 tahun sebelum ini disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.
Terdahulu, isterinya yang merupakan bekas wartawan telah melancarkan tabung bagi membiayai pembedahan pemindahan hati Allahyarham Tia di New Delhi, India namun hasrat tidak kesampaian.
Dalam pada itu, berita pemergian Tia mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Menerima berita sedih. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tia, bekas vokalis kumpulan Jinbara, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.
"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini," katanya ringkas di laman Facebook hari ini.
Turut menerima perkhabaran itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang juga mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya, sementara pengurusan jenazah akan dibuat di Masjid Kota Raja dan dikebumikan di Kampung Jawa pada pagi esok (Khamis).
Astro Awani
Wed Nov 08 2023

Bekas vokalis kumpulan rock tanah air Jinbara, Tia atau nama sebenar Shamsul Bakhtiar Zakaria, meninggal dunia sekitar jam 9.17 malam Rabu. - Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jenazah Tia Jinbara selamat dikebumikan
Jenazah Tia Jinbara selamat dikebumikan jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Tia Jinbara
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tia yang meninggal dunia hari ini.

Tia Jinbara meninggal dunia
Isterinya, Suzan memberitahu, suaminya itu meninggal dunia akibat kanser hati.

Masih terngiang-ngiang nyanyian finalis GV4? Ubati rindu dengan Raku
Bagi anda yang masih tidak dapat lupakan kehangatan konsert final Gegar Vaganza 4 (GV4), dengarkan ke semua lagu yang dipersembahkan pada malam itu di Raku!

Ini senarai markah penuh konsert akhir GV 4!
Konsert akhir GegarVaganza 4 (GV 4) menyaksikan Aishah dinobatkan sebagai juara.

Aishah juara GV 4
Penyanyi Aishah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim keempat (GV 4) yang diadakan secara langsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor malam ini.

GV 4: Hazami dan Aishah peserta 'favourite', diramal netizen jadi juara
Berdasarkan pemerhatian di Facebook Astro GEMPAK, dapat disimpulkan Hazami dan Aishah merupakan peserta kegemaran ramai.

Ini finalis dan markah penuh konsert separuh akhir Gegar Vaganza 4!
Konsert separuh GegarVaganza 4 (GV4) yang bertemakan Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi menyaksikan hanya enam bintang berjaya ke minggu akhir, Ahad depan.

Bertemakan 'Goyang Kaki' & Runut Bunyi', ini senarai lagu separuh akhir GV4
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert separuh akhir GegarVaganza 4 (GV4) berlangsung.

GV4: Pendengar Raku masih belum 'move on' dengan lagu-lagu konsert pertama
Carta Awani Raku versi Gegar Vaganza menyaksikan kesemua lagu yang berada di kedudukan teratas adalah lagu-lagu daripada persembahan di konsert mingguan pertama GV