KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tia yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Facebook beliau malam tadi, Fahmi berkata semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.



Media melaporkan, Tia, 53, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati di Hospital Shah Alam pada 9.17 malam.

Sebelum ini, Tia disahkan menghidap penyakit itu dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak 1 Nov lepas.

Tia bersama kumpulan Jinbara terkenal menerusi lagu seperti Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) serta merupakan bekas peserta rancangan televisyen realiti iaitu Gegar Vaganza musim keempat.

Tia meninggalkan seorang isteri, Suzan Ahmad.

-- BERNAMA