PENYANYI dangdut terkenal, Mas Idayu mengakui sudah menerima ‘tanda’ dihantar oleh jejaka pilihannya yang juga penerbit eksekutif di sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa Ahad lalu.
Menurut Mas Idayu, tanda itu diberikan sejurus ahli keluarga kedua belah pihak bertemu bagi perbincangan lanjut menjelang hari bahagia mereka.
“Baru beberapa hari pihaknya hantar tanda. Bukanlah bertunang atau merisik. Sesi tersebut lebih kepada saling mengenali keluarga dan dia hadir sekali memberikan tanda.
“Perjumpaan dilakukan di kediaman keluarga saya. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya kot. Tarikh nikah sudah pun ada, cumanya kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jujurnya saya pun tak menyangka dia ada memberikan tanda untuk hubungan kami.
“Apa yang Sufian berikan, biarlah rahsia dulu. Nanti saya akan beritahu dan kongsikan di media sosial,” katanya kepada Gempak.
Mas Idayu ditemui pada sidang media program baharu Astro, Karaoke Superstar bertempat di The Gardens Theatre, Kuala Lumpur pada Isnin.
Mengulas mengenai perkahwinannya, Mas Idayu atau lebih popular dengan panggilan mummy ini juga menjelaskan persiapan tersebut sedang berjalan.
“Persiapan sudah pun 70 peratus, hanya tinggal untuk pilih lokasi dan beberapa perkara lain. Ikutkan perancangan setakat ini, kami akan buat majlis berinai dan khatam Al-Quran.
“Insya-Allah, majlis nikah dilangsungkan pada pagi dan resepsi pula akan berjalan pada sebelah malamnya,” katanya.
Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada September depan.
Dalam perkembangan lain, Mas Idayu merupakan juri tetap untuk Karaoke Superstar bersama Erra Fazira.
Mas Idayu juga bakal muncul dengan produk penjagaan wajah tidak lama lagi.
Karaoke Superstar akan bersiaran bermula 5 Jun, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Karaoke Superstar juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Gempak
Wed May 18 2022
![Tarikh nikah sudah ada - Mas Idayu menghitung hari bahagia Tarikh nikah sudah ada - Mas Idayu menghitung hari bahagia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652847265_MasIdayu.jpg)
Mas Idayu mengakui sudah menerima tanda dihantar oleh jejaka pilihannya yang juga penerbit eksekutif di sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa Ahad lalu. - Gambar GEMPAK
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kilauan Emas 2024: Budin tersingkir di minggu keenam, tujuh peserta layak ke separuh akhir Kilauan Emas 2024: Budin tersingkir di minggu keenam, tujuh peserta layak ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729400405_tbkilauanemas.jpg)
Kilauan Emas 2024: Budin tersingkir di minggu keenam, tujuh peserta layak ke separuh akhir
Ron dan Budin mendapat tangga kedua tercorot dengan markah masing-masing iaitu 63.58% dan 41.74% namun hanya Budin disingkirkan di minggu keenam.
![Kemelut Mas Idayu - Sissy Iman - Naim Daniel berakhir... Kemelut Mas Idayu - Sissy Iman - Naim Daniel berakhir...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675743740_MasIdayu.jpg)
Kemelut Mas Idayu - Sissy Iman - Naim Daniel berakhir...
Sikap penyanyi dan juri Mas Idayu yang profesional dipuji ramai.
!['Bukan gimik!' - Sissy Imann kongsi kisah di sebalik jual album RM20 'Bukan gimik!' - Sissy Imann kongsi kisah di sebalik jual album RM20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675472492_TBsissyiman.jpg)
'Bukan gimik!' - Sissy Imann kongsi kisah di sebalik jual album RM20
Sissy yang dalam keadaan emosi tidak terkawal ketika itu mencampak albumnya yang berada di atas meja disebabkan terlalu kecewa dengan dirinya.
!['Dahlah, kami nak berhenti nyanyi' - Naim Daniel berseloroh buka restoran dengan Sissy Iman 'Dahlah, kami nak berhenti nyanyi' - Naim Daniel berseloroh buka restoran dengan Sissy Iman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674869297_NaimDanielSissyI.jpg)
'Dahlah, kami nak berhenti nyanyi' - Naim Daniel berseloroh buka restoran dengan Sissy Iman
Selepas melalui fasa sedih selama beberapa hari, akhirnya Sissy dilihat sudah mampu bergelak tawa bersama pasangan duetnya iaitu penyanyi Naim Daniel.
![Maaf sebab saya tak sekuat awak... - Sissy Iman belum pulih, minta beri ruang Maaf sebab saya tak sekuat awak... - Sissy Iman belum pulih, minta beri ruang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674704490_SissyImanDown.jpg)
"Maaf sebab saya tak sekuat awak..." - Sissy Iman belum pulih, minta beri ruang
Sissy Iman minta maaf kepada Naim Daniel.
![Rumah tangga didakwa mula goyah, Mas Idayu beri penjelasan... Rumah tangga didakwa mula goyah, Mas Idayu beri penjelasan...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665979959_TBMASIDAYUx.jpg)
Rumah tangga didakwa mula goyah, Mas Idayu beri penjelasan...
Bersabarlah Mummy...
![Mas Idayu dedah kenapa air matanya gugur sebelum akad nikah Mas Idayu dedah kenapa air matanya gugur sebelum akad nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663324276_masidayu.jpg)
Mas Idayu dedah kenapa air matanya gugur sebelum akad nikah
Mas Idayu mendedahkan sebab mengapa air matanya jatuh sebelum suaminya, Muhamad Sufian Isa melafazkan akad pada majlis pernikahannya pagi tadi.
![Mas Idayu kini bergelar isteri Muhamad Sufian Isa Mas Idayu kini bergelar isteri Muhamad Sufian Isa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663309838_MasIdayuKiniBerge.jpg)
Mas Idayu kini bergelar isteri Muhamad Sufian Isa
Hanya dengan sekali lafaz, Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Muhamad Sufian Isa.
![Tarikh nikah sudah ada - Mas Idayu menghitung hari bahagia Tarikh nikah sudah ada - Mas Idayu menghitung hari bahagia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652847265_MasIdayu.jpg)
"Tarikh nikah sudah ada" - Mas Idayu menghitung hari bahagia
Mas Idayu juga sudah menerima 'tanda'dihantar oleh bakal suaminya, Muhammad Sufian Che Isa pada Ahad lalu.
!['Mummy dah happy', Mas Idayu nikah penerbit eksekutif TV September ini! 'Mummy dah happy', Mas Idayu nikah penerbit eksekutif TV September ini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649562531_masidayunikahpen.jpg)
'Mummy dah happy', Mas Idayu nikah penerbit eksekutif TV September ini!
Mas Idayu dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.