AKTOR Shaheizy Sam menganggap gurauan kasar isterinya, pelakon Syatilla Melvin dengan adik-beradik adalah perkara biasa kerana mereka berasal daripada bahagian utara Semenanjung Malaysia.
Menurut Sam, dia akui agak terkejut dengan gurauan Syatilla pada awal perkenalan namun lama-kelamaan, itu sudah menjadi kebiasaan.
"Saya anggap ia perkara biasa kerana dia adalah orang utara. Mereka adik-beradik kalau bergurau memang kasar sikit.
"Masa awal-awal saya kenal Tilla pun agak terkejut dengan gurauan dia. Tapi, lama-kelamaan dah jadi biasa, mereka memang begitu.
"Bagi saya, okey sahaja dia bergurau begitu. Tiada apa yang saya perlu kawal. Mungkin gurauan kasar itu dia belajar daripada saya juga," katanya kepada Gempak.
Sam ditemui ketika Majlis Pelancaran Shaheizy Sam 20 Days Challenge di Battle Arena, Petaling Jaya semalam.
Tambah Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia tidak menganggap gurauan yang dilakukan itu akan membawa imej buruk terhadap dirinya dan keluarga.
"Kadang-kadang kita buat baik pun orang kecam, orang tak suka.
"Tilla tak perlu nak memikirkan tentang orang sangat sebab mereka semua ada pendapat dan cara pemikiran masing-masing.
"Apa pun kalau adik beradik mereka sendiri faham dan menerima cara gurauan begitu, tiada apa yang patut dipersoalkan.
"Terus terang, Instagram (IG) pun saya tak tengok sangat. Setakat muat naik foto sahaja.
"Saya tak rasa gurauan kasar mereka itu bawa imej buruk sebab kalau nak ikutkan gurauan saya sendiri lebih kasar dan terbuka berbanding mereka," tambahnya lagi.
Terdahulu, Syatilla mendapat kecaman daripada netizen kerana bergurau berbaur lucah bersama adiknya, Syifa Melvin di Instagram (IG) miliknya.
Gempak
Tue Aug 27 2019

Terdahulu, Syatilla mendapat kecaman daripada netizen kerana bergurau berbaur lucah bersama adiknya, Syifa Melvin di Instagram (IG) miliknya. - Foto Astro GEMPAK

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Seniman gesa Sarah Yasmine berhenti keruhkan keadaan
Seniman menggesa mana-mana pihak terpalit dalam isu ini tampil membuat laporan polis dan SKMM bagi membantu siasatan ketika ini.

Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.

Eksport album K-pop Korea Selatan cecah rekod tertinggi sebanyak AS$233 juta pada 2022
Angka tahun lepas mengatasi jumlah tertinggi sebelumnya bernilai AS$220.85 juta yang direkodkan pada 2021.

'Masih belum cukup tua, saya masih gagah berpuasa' - Mat Sentol
Annuar Musa berkata aspirasi perjalanan hasil karya Mat Sentol harus dijadikan aset dan panduan kepada generasi muda.

Kisah vokalis Pat, anak autistik dan air mata rezeki PKP
Pat, 46, dan suaminya Edrie Hashim adalah sebahagian daripada ibu bapa yang diuji Ilahi untuk tabah menguruskan anak-anak.

Siri konsert dalam talian Malaysia Live!, beri ruang industri hiburan terus menyala
Siri konsert tersebut akan bermula dengan penstriman langsung dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.

Astro lantik Euan Smith sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV
Pelantikan tersebut adalah sebahagian daripada pelan transformasi perniagaan dan sumber manusia, dengan mengambil kira perubahan dalam industri media dan hiburan semasa.

'Saya tiada tauliah agama, saya bukan ustaz' - Adam Corrie
Pelakon Adam Corrie memberitahu bahawa ramai pihak yang memanggilnya dengan gelaran ustaz berikutan sering berkongsi mengenai hal-hal berkaitan agama dan keindahan Islam di media sosial.

Selepas 4 tahun, Hafiz, Adira kembali 'bersatu'?
Pasangan duet popular, Hafiz Suip dan Adira Suhaimi pernah mencipta fenomena suatu masa dahulu menerusi lagu duet popular, Ombak Rindu sekitar tahun 2011.

'Tak rasa perkara itu akan bawa imej buruk sebab ...' Shaheizy Sam akui terkejut lihat gurauan isteri
Aktor Shaheizy Sam menganggap gurauan kasar isterinya, pelakon Syatilla Melvin dengan adik-beradik adalah perkara biasa kerana mereka berasal daripada bahagian utara Semenanjung Malaysia.