KUALA LUMPUR: Ibu mana yang sanggup mengheret anaknya dalam kesusahan dan kedaifan sekalipun ibu bapa itu mampu meredah ujian hidup yang serba kekurangan.
Namun itulah antara dugaan yang perlu dilalui Patricia Robert, vokalis dan gitaris kumpulan rock wanita Candy, yang bukanlah asing dalam dunia hiburan tanah air.
Sekalipun kita sering melihat kelincahannya di pentas membawa genre rock dalam industri seni hiburan, ramai yang tidak tahu Patricia atau mesra dengan panggilan Pat Candy juga merupakan seorang ibu yang sangat tabah menghadapi dugaan dalam menjaga dua orang anaknya yang menghidap autisme.
Sebenarnya Pat, 46, dan suaminya Edrie Hashim adalah sebahagian daripada ibu bapa yang diuji Ilahi untuk tabah menguruskan anak-anak.
Apatah lagi bukan seorang, bahkan dua orang anak mereka, iaitu Darren, 17, dan Dylan, 9, disahkan sebagai anak autistik.
Kesukaran itu bertambah sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan bagi mengawal penularan pandemik COVID-19. Pasangan yang telah lama mencari rezeki dalam industri hiburan itu kini tidak lagi mampu menampung kehidupan atau belanja harian seperti dahulu.
“Mula-mula tu rasa sedih sangat, ada masa macam tidak boleh nak terima. Tapi bila fikir balik ini semua mungkin cara Allah untuk menguji kami sebagai ibu bapa... Allah sedang uji kesabaran kami sebenarnya. Alhamdulillah sekarang ini kami berdua redha dengan ketentuan-Nya," jelas Pat yang ditemui di kediamannya di Setiawangsa.
Sebagai ibu kepada anak autistik, memang tidak dinafikan, menguruskan mereka berdua bukan perkara yang mudah.
Bagi Pat, ada masanya tahap keletihan itu berganda apabila mereka tantrum (mengamuk) kerana ia memerlukan fokus yang lebih.
“Cabaran itu lebih sikit apabila mereka ni tantrum di tempat awam. Orang sekeliling yang tak tahu kadangkala pandang kita macam ibu yang tak tahu jaga anak. Bagi saya, cabaran terbesar adalah apabila berdepan dengan mereka yang tidak tahu apa itu autisme," katanya.
Malah jelas Pat, soal letih dalam bab penjagaan mereka umpama tidak dijumpai perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya.
“Kalau nak cakap pasal letih memang dah tentulah letih. Akak ada dua orang anak autistik dan bila dua-dua tengah bad mood, memang akan buat kita bergandalah letih," katanya.
Lebih menyedihkan, katanya, apabila kini mereka tidak lagi mampu membiayai perubatan dua anaknya itu apabila tidak ada lagi sumber kewangan kerana tidak lagi ada persembahan.
Bergolok bergadai
Malah jelas suaminya, Edrie, ketika ini dia terpaksa mencuba apa sahaja yang mampu untuk menampung keperluan termasuk menjual baju kepada peminatnya.
“Terlalu ramai sebenarnya orang seni dalam industri muzik yang terpaksa bergolok bergadai apa sahaja ketika ini. Ada yang terpaksa jual gitar dan peralatan lain malah ada yang sehingga dihalau keluar rumah kerana tidak lagi mampu membayar sewa.
“Ketika ini saya hanya mampu buat content dalam YouTube selain menjual baju kepada peminat yang masih menyokong dan bersimpati," jelasnya, sambil mengakui kesukaran itu berganda apabila memikirkan dua anak autistik yang kini tidak lagi mampu mendapatkan rawatan terapi seperti sebelumnya.
Bagi Pat dan Edrie, tidak ada apa yang boleh dilakukan ketika ini selain bertahan dan bersabar serta mengharapkan pandemik ini segera berkurang atau pergi bagi membolehkan mereka dan rakan-rakan yang lain kembali mampu mencari rezeki untuk menampung kehidupan.
Mendengar suara mereka ini terlalu sukar sebenarnya membayangkan bagaimana mereka bergelut untuk keluar daripada belenggu bebanan ketika ini terutamanya ketika umat Islam melakukan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.
Namun mujurlah, dari suara hati yang resah memikirkan ujian tersebut, muncul Pertubuhan Kebajikan Dana Insan Malaysia yang diwakili oleh Pengerusinya Ahmad Shukri Yusoff yang berkunjung ke kediaman mereka selepas dimaklumkan oleh Astro AWANI tentang keresahan Pat sekeluarga.
Jelas Ahmad Shukri, sememangnya tidak dinafikan, banyak pihak termasuk golongan artis yang terkesan dengan PKP. Dalam usaha mengekang penularan COVID-19, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Kita mendengar keluhan sebahagian mereka dari golongan orang seni yang amat terkesan kerana tidak lagi mampu mengadakan persembahan yang menjadi sumber rezeki mereka. Apatah lagi seperti Pat dan Edrie yang perlukan pendapatan demi menanggung keperluan dua anak mereka yang menghidap autisme.
“Tapi dalam waktu ini, kita salurkan bantuan segera yang difikirkan sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga Pat dalam keadaan sehari sebelum kita menyambut Aidilfitri. Kita akan lihat selepas itu bentuk bantuan yang dfikirkan sesuai untuk mereka, terutamanya dalam menguruskan dua anak autistik. Kami sangat memahami keadaan mereka yang amat memerlukan ketika ini.
“Bukan sahaja artis, malah sebenarnya kesan ini turut dirasai oleh golongan astatizah. Kita juga cuba bantu," kata Shukri yang turut menyalurkan sumbangan RM5,000 untuk Pat sekeluarga dalam pertemuan tersebut selain beberapa barangan keperluan.
Pat dan Edrie yang tidak menyangka kehadiran dan bantuan mengejut PDIM nyata terharu dan berterima kasih atas sumbangan yang dihulurkan.
“Rasa amat terharu dengan usaha ustaz yang sudi membantu golongan seni kerana golongan industri hiburan yang paling terkesan, dan kami bersyukur dan amat berterima kasih. Alhamdulillah ia meringankan sedikit beban kami menjelang hari raya.
“Saya juga berharap agar orang ramai juga mematuhi peraturan yang ditetapkan agar pandemik ini segera berkurangan atau dapat dihindari agar golongan seperti kami ni dapat kembali menyambung rezeki," kata Edrie.
Bagi mereka yang ingin turut sama membantu gologan yang teramat memerlukan ketika ini, boleh menyalurkan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Dana Insan Malaysia menerusi akaun Bank Rakyat, 1101636870.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu May 13 2021
Patricia (kanan) menerima sumbangan daripada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dana Insan Malaysia, Ahmad Shukri Yusoff, di kediaman keluarganya. - Astro AWANI
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
11 maut dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala ramai cedera selepas dilanggar sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Satu mesyuarat di Istana Presiden pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis.
Sabah bakal beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 JanUARI lepas berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya PADA SELASA.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
'Akan Ku Tunggu' masih ada peminat - Pat Candy
Itu hakikat yang perlu diterima katanya ketika memperkatakan tentang perbezaan dan nasib muzik rock tanah air di era gah dahulu.