PASANGAN duet popular, Hafiz Suip dan Adira Suhaimi pernah mencipta fenomena suatu masa dahulu menerusi lagu duet popular, Ombak Rindu sekitar tahun 2011.
Keserasian Hafiz dan Adira menyampaikan alunan romantis lagu itu dengan baik telah berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati peminat sehinggakan lagu tersebut kekal popular sehingga ke hari ini.
Kali terakhir pasangan ini muncul secara duet adalah pada tahun 2015 menerusi lagu Untuk Cinta yang menjadi lagu tema filem Pilot Cafe.
Selepas Hafiz dan Adira masing-masing menempa kejayaan menerusi lagu-lagu hit solo terkini mereka berjudul Kisah Cinta Kita dan Pujaan Hati, kini pasangan duet itu kembali bersatu menerusi single duet terbaharu mereka berjudul Takdir Tercipta.
Takdir Tercipta merupakan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali manakala lirik lagu pula ditulis oleh Ikhwan Fatanna bersama penerbit drama Arisz Ab Rahman serta turut mendapat sentuhan magis komposer dan penerbit terkenal, Omar K sebagai penerbit rakaman.
Lagu ini berkisar tentang pasangan kekasih yang menggenggam kemas jodoh pertemuan mereka atas dasar mereka diciptakan untuk saling melengkapi dan ditakdirkan untuk hidup bersama.
Persembahan Hafiz dan Adira yang penuh penghayatan dalam lagu Takdir Tercipta berjaya memberi jiwa kepada penceritaan lagu ini.
Keserasian dan keharmonian suara pasangan duet ini dalam saling melengkapi persembahan vokal mereka sekali lagi terserlah menerusi single terbaharu mereka ini.
"Kembali merakamkan lagu dengan Hafiz adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Sudah lama kami tidak ditemukan dalam lagu.
"Bagi saya, Hafiz seorang yang sangat komited dan profesional dengan kerjanya. Kelunakan suaranya dan kemahiran seni vokalnya merupakan kekuatan dia.
"Senang bekerja dengan Hafiz dan kerana itulah kami cepat serasi dalam berduet untuk sesebuah lagu. Saya harapkan Takdir Tercipta ini mendapat sambutan luar biasa dan sokongan tak berbelah bahagi daripada peminat.
"Semoga lagu ini sentiasa di dalam ingatan para peminat sebagaimana lagu ‘Ombak Rindu’ yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu," kata Adira.
Single solo terkini Hafiz dan Adira iaitu Kisah Cinta Kita dan Pujaan Hati masih mendominasi corong-corong radio tempatan dan carta lagu Malaysia sehingga kini.
Menariknya, kedua-dua lagu solo mereka ini dicipta oleh penulis lagu yang sama untuk lagu duet Takdir Tercipta.
"Sebenarnya tak dirancang pun untuk menggunakan penulis lagu yang sama untuk lagu duet ini. Saya kira ini merupakan kebetulan saja kerana komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali sering bekerja rapat dengan pihak Nova Music.
"Secara peribadinya, saya memang suka dengan karya-karya ciptaan mereka. Alhamdulillah, kerjasama kami dalam Kisah Cinta Kita menjadi dan mendapat sambutan luar biasa peminat.
"Begitu juga dengan sambutan luar biasa peminat untuk lagu Pujaan Hati nyanyian Adira. Harapnya bila kami semua bergabung dalam lagu Takdir Tercipta, ia berjaya mencipta fenomena tersendiri. Sekurang-kurangnya mendapat sambutan yang baik macam lagu solo kami juga.
“Lagipun sudah lama kami tidak berduet. Jadi saya harap penggemar muzik tempatan dapat menerima baik lagu duet ini dan usaha kami untuk kembali berduet atas permintaan peminat ini dihargai kerana lagu ini memang kami persembahkan khas buat peminat yang setia menyokong kami selama ini,” jelas Hafiz pula.
Takdir Tercipta merupakan lagu duet pertama Hafiz dan Adira yang diterbitkan serta diedarkan di bawah syarikat rakaman Nova Music. Single ini boleh didapati di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan iTunes mulai 09 September.
Gempak
Tue Sep 10 2019

Selepas Hafiz dan Adira masing-masing menempa kejayaan menerusi lagu-lagu hit solo terkini mereka berjudul Kisah Cinta Kita dan Pujaan Hati, kini pasangan duet itu kembali bersatu menerusi single duet terbaharu mereka. - Foto Astro Gempak

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.

8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami
Keutamaan kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarga dilindungi.

"Ibu kena samun tiada kena mengena dengan kemelut rumah tangga saya" - Adira
Adira Suhaimi menganggap insiden ibunya disamun di rumah sendiri pada pertengahan November lalu ada hikmahnya.

Selepas 4 tahun, Hafiz, Adira kembali 'bersatu'?
Pasangan duet popular, Hafiz Suip dan Adira Suhaimi pernah mencipta fenomena suatu masa dahulu menerusi lagu duet popular, Ombak Rindu sekitar tahun 2011.
.jpg)
Adira Suhaimi nafi diceraikan Datuk Red
Doakan yang baik-baik...