Che Ta berkata dia memang minat dalam berfesyen.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) milik peribadinya dengan memuat naik foto dirinya memegang trofi kemenangan.
"A night to remember @majalahnona..Thank you so much for this award! Tak sangka minat melawa sampai dapat anugerah.
"Kami tak payah nak gigih pun untuk bergaya sebab memang suka..Kadang pakai jumper, tights dengan boots orang cakap 'gigihnya'.
"Tapi bagi kami tu pakai paling 'koman'..Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun," tulis Che Ta.
Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #akuyangpakaikauyangpanas.