PELAKON, pengacara dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Riduan yang juga bekas pemandunya yang melemparkan fitnah buat dia dan keluarganya.
Menurut Che Ta, tuduhan bahawa dia tidak membayar gaji Muhammad Riduan sepanjang lelaki itu berkhidmat sebagai pemandu peribadinya adalah tidak benar sama sekali.
"Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2,000 hari ini .
"Tapi dengan apa yang dia (Muhammad Riduan) sudah lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.
"Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,” kata Che Ta dalam kenyataan pada Khamis.
Pada Rabu, Muhammad Riduan, 21, menulis di laman sosial mendakwa Che Ta tidak membayar upahnya selain menyebarkan kata-kata berbaur hasutan kononnya isteri kepada Zain Saidin ini menganiaya lelaki berkenaan.
Menurut Che Ta, dia tidak pernah tidak membayar gaji pekerjanya.
“Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji.
"Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa. Bulan Februari saya banyak urusan kerja luar dan tak dapat masuk ke pejabat.
“Semalam pada tarikh 6 Mac saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi... tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini. Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,” kata.
Menurut Che Ta, pada bulan Februari saja lelaki itu bercuti selama 12 hari.
"Dia hanya bekerja 16 hari saja. Tapi saya masih nak bayar gaji penuh kepadanya iaitu sebanyak RM2,000. Tapi Zain sendiri cakap dengan jumlah kerjanya pada bulan Februari, patut dibayar RM1,000 saja. Namun selepas dipertimbangkan, saya nak bayar kepadanya RM1,500.
“Dia cakap tak mahu kerja dengan saya lagi dan tarikh akhir bekerja pada 23 Februari. Mungkin sebab sedar diri kerjanya tak bagus dan rasa tak terjamin, maka mulalah nak tularkan benda yang sebaliknya. Buat cerita itu dan ini demi menutup kesalahan diri,” katanya.
Pelakon yang berasal dari Kedah itu juga menegaskan, Muhammad Riduan juga menunjukkan prestasi kerja yang hambar.
Selama ini, Che Ta mengakui tidak pernah berdepan masalah dengan pemandu peribadinya.
“Dulu pernah ada pemandu peribadi yang bekerja sampai 10 tahun dengan saya. Begitu juga pemandu seterusnya. Kedua mereka menunjukkan sikap yang baik dan rajin. Tapi yang kali ini, sebaliknya.
“Ingat lagi masa awal dia (Muhammad Riduan) ditemubual untuk menjadi pemandu peribadi, siap cakap ... kalau tak bagus khidmatnya.. sanggup cakap tak dibayar gaji. Banyak kesalahan dan sikapnya yang melanggar etika.
"Tapi tidaklah sampai saya terfikir nak merakamkan atau mengambil gambar sebagai bukti. Kalau ada semua bukti sebegitu, saya rasa baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah
"Tak terdetik langsung nak buka aib dia,” katanya lagi.
Astro Awani
Thu Mar 07 2019
![Jumpa di mahkamah - pesanan Che Ta buat bekas pemandu Jumpa di mahkamah - pesanan Che Ta buat bekas pemandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551950519_Rozita.jpg)
Che Ta menegaskan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menganiaya pekerjanya.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Pesawat Jeju Air terima amaran aktiviti burung 1 minit sebelum kotak hitam berhenti Pesawat Jeju Air terima amaran aktiviti burung 1 minit sebelum kotak hitam berhenti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737816122_SouthKoreaPlane.jpg)
Pesawat Jeju Air terima amaran aktiviti burung 1 minit sebelum kotak hitam berhenti
Kerajaan merancang untuk mengeluarkan laporan awal pada Isnin, yang akan dihantar kepada ICAO, Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.
![Jabatan Perikanan Selangor keluar notis amaran pengambilan anak kerang Jabatan Perikanan Selangor keluar notis amaran pengambilan anak kerang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737087246_JabatanPerikananSe.jpg)
Jabatan Perikanan Selangor keluar notis amaran pengambilan anak kerang
Jabatan Perikanan Selangor bertindak menampal notis amaran berhubung aktiviti mengambil anak kerang melibatkan 22 lokasi di daerah ini dan Kuala Selangor.
![Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730170875_cuacaributkongr.jpg)
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
![Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734788296_magdeburg.jpg)
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
![Salji luar biasa selubungi Seoul Salji luar biasa selubungi Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732926229_tbtbstatueofKingS.jpg)
Salji luar biasa selubungi Seoul
Agensi cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran salji tebal di ibu negara yang meliputi Wilayah Gyeonggi dan hampir semua bahagian negara.
![Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730704771_MountLewotobi.jpg)
Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.
![Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716263865_RIBUTPETIR.jpg)
Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.
![Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729392182_tbTropicalStormJoh.jpg)
Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan.
![Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727011673_MtKanlaon.jpg)
Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.
![LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726586666_Ombakkuatbadaimed.jpg)
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.