SETIAP kali tibanya Syawal, antara selebriti yang menjadi tumpuan pastinya Che Ta atau nama penuhnya, Rozita Che Wan. Lebih-lebih lagi bab busana Hari Raya.
Seringkali busana isteri kesayangan Zain Saidin meraih perhatian ramai, tak kurang juga mengundang kecaman.
Begitupun beberapa tahun kebelakangan ini, terutama selepas negara dilanda pandemik COVID-19, ibu kepada tiga cahaya mata itu lebih selesa tidak mendedahkan jumlah persalinan raya tahun ini.
“Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini. Tak cakap salah, cakap lagilah.
“Kalau nak kira juga, kenalah intai entri gambar di akaun Instagram (IG) saya musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.
“Malah baju raya sebelum ini pun, ada yang dibawa ke hadapan. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat,” katanya.
Kebiasaannya, pemenang 'Most Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards' ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.
“Buat awal, tak kalut. Jadi bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami pun sudah disediakan. Pemilihan beraya dengan baju warna sedondon itu pun harus.
“Cuma selepas dua tahun beraya dengan norma baharu, saya tetap membataskan pelbagai aspek. Cukup beraya dengan keluarga dan adik-beradik lain.
“InsyaAllah tahun ini, semua adik-beradik sepakat beraya di Alor Setar, Kedah. Saya pun pulang awal ke kampung dari 1 hingga 8 Mei lalu kerana komitmen seni dan lain sudah dilunaskan awal,” katanya.
Che Ta juga teruja rumah banglo miliknya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.
“Selepas empat tahun termasuk COVID-19, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.
“Cuma kerana sudah merancang awal balik beraya ke Kedah, jadi nak raya di rumah sendiri selepas itulah. Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit. Lepas beraya nanti mula ‘all out’ pindahkan barang,” katanya.
* Artikel asal di sini.
Keluarga
Thu May 05 2022
![Selepas menanti empat tahun, Che Ta sambut raya di rumah banglo Selepas menanti empat tahun, Che Ta sambut raya di rumah banglo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651715583_Rayaketemabaju.jpg)
Che Ta bersama ahli keluarga bergambar sempena Hari Raya Aidilfitri. - Foto Instagram/Rozita Che Wan
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733815578_TBRUMAHCHETA.jpg)
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
!['Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40 'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709455260_TBRozitaCheWanjpg.jpg)
'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
![Che Ta bingung IG digantung, didakwa lakukan aktiviti agresif Che Ta bingung IG digantung, didakwa lakukan aktiviti agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695277142_cheta.jpg)
Che Ta bingung IG digantung, didakwa lakukan aktiviti agresif
Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila IG digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif sejak 15 September lalu.
![Selepas menanti empat tahun, Che Ta sambut raya di rumah banglo Selepas menanti empat tahun, Che Ta sambut raya di rumah banglo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651715583_Rayaketemabaju.jpg)
Selepas menanti empat tahun, Che Ta sambut raya di rumah banglo
Che Ta teruja rumah banglo miliknya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.
![Kenapa pula Rozita Che Wan berbalut muka, tubuh? Kenapa pula Rozita Che Wan berbalut muka, tubuh?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637814583_rozitachewan.jpg)
Kenapa pula Rozita Che Wan berbalut muka, tubuh?
Tak rimas ke Che Ta pakai macam itu?
![Rozita Che Wan bimbang suami diminati wanita lain Rozita Che Wan bimbang suami diminati wanita lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71569996022_chetazainsaidin.jpg)
Rozita Che Wan bimbang suami diminati wanita lain
Siapa yang suka rampas suami orang?
![Anak Che Ta lebih suka barang kemas daripada mainan Anak Che Ta lebih suka barang kemas daripada mainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562313602_che-ta-aaisyah-gelang.jpg)
Anak Che Ta lebih suka barang kemas daripada mainan
Pengaruh ibunya barangkali...
![Jumpa di mahkamah - pesanan Che Ta buat bekas pemandu Jumpa di mahkamah - pesanan Che Ta buat bekas pemandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551950519_Rozita.jpg)
Jumpa di mahkamah - pesanan Che Ta buat bekas pemandu
Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Riduan yang juga bekas pemandunya yang melemparkan fitnah buat dia.
!['Tak payah menyanyi ... macam tercekik sudu' - Che Ta sindir siapa? 'Tak payah menyanyi ... macam tercekik sudu' - Che Ta sindir siapa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549872023_rozitasindirbefunky-collage.jpg)
'Tak payah menyanyi ... macam tercekik sudu' - Che Ta sindir siapa?
Aktres dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menyindir seorang pereka fesyen yang kini mula berjinak dalam bidang nyanyian.
![Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang - Ini perkongsian Rozita Che Wan Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang - Ini perkongsian Rozita Che Wan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61549792802_che-taa.jpg)
"Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang" - Ini perkongsian Rozita Che Wan
Semoga kita sama-sama memperbaiki diri masing-masing...