Demi ibu, pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo dilaporkan telah memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya Irina Shayk.

Khabar angin mengatakan, Ronaldo membuat keputusan itu setelah kekasih yang juga merupakan seorang model tidak hadir ke majlis ulangtahun kelahiran ibunya yang ke-60 baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut laporan New York Post, jurucakap kepada Shayk menafikan khabar angin tersebut.

Ronaldo
Ronaldo dan Irina Shayk telah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun. -- Foto Astro Gempak

“Mengenai hubungan mereka, kami sahkan bahawa Shayk dan Ronaldo sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi.

“Namun khabar angin yang mengatakan hubungan itu tersebut terputus kerana ibu Ronaldo adalah tidak benar sama sekali.

“Hubungan Shayk dan keluarga Ronaldo sangat rapat. Buat masa ini Shayk tidak mahu memberikan komen mengenai hal tersebut.” katanya.

Terdahulu, hubungan Ronaldo dan Shayk mula dikatakan membawa haluan masing-masing apabila model itu tidak hadir ke Anugerah Ballon d’Or yang menyaksikan Ronaldo dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik dunia.

Malah Ronaldo juga tidak menyebut nama kekasihnya itu semasa memberi ucapan sebaik sahaja menerima anugerah tersebut.

Ronaldo dan Irina Shayk telah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun. -- Astro Gempak