KUALA LUMPUR: Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.
Peguam syarie, Roshdan Sujak yang mewakili Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.
“Mahkamah mendapati, tiada keadaan luar biasa, membolehkan mahkamah membenarkan permohonan plaintif untuk meneruskan prosiding dengan hakam keluarga tanpa melalui proses JKP.
“Saya harap, kedua-dua pihak beri kerjasama kepada JKP kerana ia adalah laporan lengkap sebelum mahkamah membuat sebarang keputusan,” katanya.
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada seorang ahli keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Sementara hakam ialah satu kaedah yang berlandaskan hukum syarak yang diberi kuasa dalam memutuskan sama ada pertikaian akan diselesaikan dengan cara perdamaian atau perceraian.
Sebelum ini semasa prosiding, Roshdan berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan cerai oleh Puteri Sarah.
Justeru itu, beliau mencadangkan JKP ditubuhkan sebelum proses hakam keluarga dibuat, kerana ia akan dipengerusikan pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan bukannya wakil kedua-dua pihak.
“Tiada keadaan luar biasa, membolehkan mahkamah untuk meneruskan prosiding ini tanpa melalui proses JKP,” katanya.
Bagaimanapun, Akberdin membantah cadangan itu kerana tiada cara untuk menyelamatkan perkahwinan suami isteri berkenaan.
Ini kerana beliau berkata, Puteri Sarah dan Syamsul sudah lama tinggal berasingan dan tidak berkomunikasi.
“Ia hanya akan membuang masa dan tidak membawa manfaat, maka kami mohon untuk meneruskan prosiding ini dengan melantik hakam keluarga," katannya.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.
Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 07 2023
![Syamsul enggan cerai Puteri Sarah Syamsul enggan cerai Puteri Sarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678157801_Syamsulenggancerai.jpg)
Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Selasa.
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, pada Jumaat.
Dr Abdul Majid Tokoh Maal Hijrah Selangor
Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
![Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314937_Portlumbaharam.jpg)
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720316150_ProgramMADANIRakya.jpg)
Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur
Tumpuan hari ini pastinya terarah kepada program pertukaran topi keledar lama di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
!['Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri 'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717745062_irakazar.jpg)
'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri
Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.
![Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715063688_puterisarah.jpg)
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
![Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712802641_PuteriSarah.jpg)
Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua
"Saya masih ikut tradisi beraya dengan mentua sebab saya tak pernah anggap mereka orang luar biarpun apa yang terjadi."
!['Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam 'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709511068_syamsulyusof.jpg)
'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam
Jelas Yusof, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton hujung tahun ini.
!['Jangan tunggu dah tak ada baru nak cari' - Yusof Haslam menangis rindukan Syamsul 'Jangan tunggu dah tak ada baru nak cari' - Yusof Haslam menangis rindukan Syamsul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698639693_AnakBapak.jpg)
'Jangan tunggu dah tak ada baru nak cari' - Yusof Haslam menangis rindukan Syamsul
Tiada perasaan marah, Yusof bagaimanapun memberi masa dan ruang untuk Syamsul yang berkemungkinan ada terasa hati dengannya dan isteri, Datin Patimah.
![Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698312014_syamsulyusof.jpg)
Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
![Puteri Sarah nekad saman bekas menantu Kazar Puteri Sarah nekad saman bekas menantu Kazar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681801098_PuteriSarahSyamsu.jpg)
Puteri Sarah nekad saman bekas menantu Kazar
Puteri Sarah Liyana nekad untuk meneruskan saman terhadap bekas menantu Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
!['Tak ke mana pun saman menyaman' - Yusof Haslam nasihat Puteri Sarah 'Tak ke mana pun saman menyaman' - Yusof Haslam nasihat Puteri Sarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693282470_yusofhaslam.jpg)
'Tak ke mana pun saman menyaman' - Yusof Haslam nasihat Puteri Sarah
Yusof berkata, dia tidak mahu komen lebih lanjut dan cuma mengharapkan yang terbaik buat Puteri Sarah.
!['Kami bahagia dengan kehidupan kami sendiri' - Ira selesa kongsi video bersama Syamsul 'Kami bahagia dengan kehidupan kami sendiri' - Ira selesa kongsi video bersama Syamsul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693122018_IraKazar.jpg)
'Kami bahagia dengan kehidupan kami sendiri' - Ira selesa kongsi video bersama Syamsul
Ira memuat naik video Syamsul sedang berjalan dari belakang dengan kapsyen indah buat suami tercinta.
![Puteri Sarah beri 'amaran' bekas menantu Kazar masih 'jaja' cerita? Puteri Sarah beri 'amaran' bekas menantu Kazar masih 'jaja' cerita?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681801098_PuteriSarahSyamsu.jpg)
Puteri Sarah beri 'amaran' bekas menantu Kazar masih 'jaja' cerita?
Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berang apabila mengetahui bekas menantu kepada pelakon senior Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena masih menyalak di Instagram.