Baru sahaja berumur 18 tahun tetapi Eylia Guntabid sudah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Berentap dengan 72 buah negara, namun siapa sangka anak kelahiran sabah, Eylia Eyre Guntabid berjaya mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 yang diadakan di Long Beach, California, Amerika Syarikat.
Menurut bekas peserta Ceria Popstar 2016 itu, sudah semestinya dia sangat teruja untuk mendapat peluang yang sangat besar seumpamanya.
"Pengalaman saya semasa berada di Amerika Syarikat, sudah tentu saya sangat teruja kerana itu pertama kali saya pergi ke Amerika, sedangkan dalam Malaysia pun saya masih belum menjelajah kesemuanya.
"Tetapi apabila dapat pergi ke sana saya merasakan ia satu peluang yang sangat besar, dan pastinya saya gembira kerana dapat peluang itu," katanya ketika ditemui semasa sidang media khas Broadway Entertaiment di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.
Sepanjang pertandingan, Eylia melihat peseta dari Filipina, Afrika Selatan dan New Zealand antara yang memberi saingan sengit.
Tambahnya, kemenangan itu membuatkan dia bangga kerana berjaya membawa nama Malaysia sekali gus memperkenalkan bakat Malaysia di peringkat yang lebih tinggi.
"Saya rasa gembira, bangga. Sebab saya bukan bangga setakat untuk diri saya malah saya bangga sebab saya dapat balik ke Malaysia dan promosikan bakat-bakat yang ada dalam Malaysia.
"Kalau diikutkan, orang di sana pun terkejut sebab mereka tidak menjangka bahawa Malaysia mempunyai bakat sebagus ini. Dalam masa sama kita sudah mempromosikan pasaran kita ke luar negara," katanya.
Eylia telah berjaya meraih empat pingat menerusi kategori Vokal R&B, Vokal Dunia, Vokal Terbuka, dan Vokel Gospel.
Pada masa sama, dia juga memperoleh pingat perak pula bagi kategori Vokal Broadway di WCOPA 2019 yang telah berlangsung pada 12 hingga 21 Julai lalu.
Asyraf Roslan
Wed Aug 07 2019

Eylia kini berada dibawah naungan syarikat Broadway Entertaiment - Astro AWANI/Asyraf Roslan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.