Sudah bersedia untuk mengisi malam minggu dengan lawak yang pasti membuatkan anda tidak kering gusi?
Jika ya, Astro kembali dengan program sulung 'Stand Up Comedy Otai' - sebuah program yang mengangkat semula kegemilangan artis veteran tanah air.
Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Prima dan Intrend, Norzeha Mohd Salleh, program komedi 10 episod itu merupakan inisiatif untuk menyahut seruan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi menggalakkan penglibatan penggiat seni veteran.
Ia juga bagi memastikan kumpulan berkenaan kekal aktif dan relevan dalam industri, selain memberi peluang kepada kelompok anak seni berkenaan untuk mengukuhkan taraf kehidupan mereka.
“Kita menyahut saranan FINAS untuk memberi platform pekerjaan kepada selebriti-selebriti otai atau senior. Jadi, ia tidak secara percuma, dan sudah tentu ada gaji.
“Jadi, saya rasa kita membayar gaji yang berpatutan dan harap apa yang kita tawarkan kepada mereka bersesuaian,” katanya pada sidang media, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, Astro sentiasa bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam membantu karyawan yang memerlukan.
Ia termasuk sumbangan wang tunai kepada artis veteran menerusi program utama seperti All Stars Buka Panggung dan Gegar Vaganza 2019.
Selain itu, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac yakin selebriti veteran masih berbisa dan mampu menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat.
“Bagi kita adalah untuk memberi platform kepada veteran bagi menunjukkan kebolehan mereka, dan idea mereka kerana sebab idea yang dipersembahkan sesuai untuk semua peringkat umur.
“Malah, semua platform dalam industry mesti mempunyai ruang untuk kumpulan veteran bekerja,” katanya.
Program berkonsepkan persembahan komedi stand-up secara solo ini tampil dengan tema yang berbeza sepanjang 10 episod.
Menariknya, barisan selebriti akan diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan kisah sepanjang kerjaya mereka.
Antara pelakon dan pelawak yang bakal menjayakan program tersebut seperti AR Badul, Salih Yaacob, Fauziah Nawi dan Angelina Tan.
Program itu dihoskan penyanyi, pelakon, dan pelawak terkenal tanah air, Joey Daud dan bakal menemui penonton mulai 5 Disember ini, pada pukul 9.30 malam.
Ia boleh ditonton di saluran 131 (Astro Warna); saluran 124 (Warna HD); dan menerusi platform Astro Go dan On Demand.
Astro Awani
Wed Nov 27 2019

Antara barisan selebriti dan artis terkenal tanah air yang bakal mewarnai malam minggu anda. Gambar - Astro Gempak

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.

'Stand Up Comedy Otai' hiburkan malam minggu anda, angkat martabat artis veteran
Astro kembali dengan program sulung 'Stand Up Comedy Otai' - sebuah program yang mengangkat semula kegemilangan artis veteran tanah air.