PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.
Perkara berkenaan disahkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk.
Menurut Rozi, bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
"Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja untuk melawat.
"Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab."
Jelas Rozi, buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.
Pasangan itu juga memohon diberikan sedikit masa sebelum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka.
Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak pertama mereka lancar dan selamat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat serta pihak media di atas sokongan sedari awal kehamilan.
Siti Nurhaliza dan Khalid mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006.
Siti Nurhaliza secara terbuka berkongsi perjalanan untuk mendapatkan zuriat, termasuk pernah keguguran sebelum ini.
Astro Awani
Mon Mar 19 2018

Bayi sulung pasangan Siti Nurhaliza dan Khalid Mohamad Jiwa dilahirkan menerusi kaedah pembedahan - Foto Intagram/ctdk

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kaka Azraff sambut kelahiran putera pertama
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, telah selamat melahirkan anak lelaki pertama pada jam 2.14 petang, pada Jumaat.