Peraduan filem pendek 'Shortcuts' oleh Astro membuka peluang kepada penggiat filem untuk meningkatkan kedudukan serta standard perfileman di Malaysia ke tahap global.
Ia juga sebuah platform yang menyediakan pelbagai bengkel yang dikendalikan sembilan pengarah filem tersohor dari rantau Asia Tenggara.
Liew Seng Tat, pengarah filem yang terkenal dengan hasilnya 'Lelaki Harapan Dunia' dan 'Flower in The Pocket' merupakan antara mentor kepada peserta 'Shortcuts'.
Seng Tat ketika ditemui menyifatkan peraduan 'Shortcuts' adalah platform terbaik kepada penggiat filem untuk membina rangkaian, berkongsi pengalaman dan meningkatkan pengetahuan, selain peluang memenangi dana bantuan.
"Melalui 'Shortcuts', peluang bertemu dan membina rangkaian antara pembuat filem akan memberi ruang untuk berkongsi idea serta peluang mewujudkan kerjasama," katanya dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Pengarah filem yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga berkata, sebagai penggiat industri yang berpengalaman, beliau yakin banyak perkara lain boleh dipelajari daripada peserta.
"Pada bengkel ini, saya akan kongsikan pengetahuan, pengalaman yang saya sudah perolehi dan saya berharap mereka (peserta) dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin," kata Seng Tat.
Seng Tat juga berpendapat wujudnya jurang dan komunikasi antara penggiat filem di Asia Tenggara dan berharap platform seperti 'Shortcuts' adalah peluang yang mampu mengurangkan jurang tersebut.
Antara cabaran yang kini didepani industri perfileman adalah dari segi kewangan dan tahap daya saing yang terlalu tinggi.
Bagaimanapun, menurut Seng Tat, Malaysia melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini semakin giat dan aktif dalam mewujudkan pelbagai aktiviti dan sokongan khususnya kepada mereka yang baru menceburi bidang perfileman.
Sementara itu, peraduan 'Shortcuts' yang dianjurkan Astro Shaw kali ini menyaksikan 18 peserta finalis terpilih untuk mengikuti bengkel khas selama 3 hari di Kuala Lumpur.
Bengkel yang akan dikendalikan sembilan tokoh ini antaranya Joko Anwar dari Indonesi dan Remton Siega Zuasola dari Filipina akan menumpu kepada topik penulisan skrip, pembentangan dan kemahiran produksi.
Pada akhir sesi, tiga finalis akan dipilih sebagai pemenang selepas kesemua peserta membuat pembentangan dan 'pic' di hadapan panel juri.
Ketiga-tiga pemenang akan memperolah dana 40 ribu ringgit bagi menghasilkan sebuah filem pendek, yang berpotensi ditayangkan di mana-mana festival filem dirantau ini dan disiarkan di A-List Astro, saluran 456.
Dania Zainuddin
Wed Dec 09 2015
!['Shortcuts' platform kepada penggiat baru dalam industri filem 'Shortcuts' platform kepada penggiat baru dalam industri filem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444107966_Trespassed.jpg)
'Shortcuts' juga sebuah platform yang menyediakan pelbagai bengkel yang dikendalikan sembilan pengarah filem tersohor dari rantau Asia Tenggara.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Ini filem-filem pendek terawal dihasilkan melalui OpenAI Sora Ini filem-filem pendek terawal dihasilkan melalui OpenAI Sora](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711427456_TBairheadjpg.jpg)
Ini filem-filem pendek terawal dihasilkan melalui OpenAI Sora
Walaupun teknologi AI generatif ada banyak isu seperti melanggar hak cipta, ramai artis mula menghargai teknologi ini.
![Legasi srikandi Tun Fatimah diangkat ke layar digital Legasi srikandi Tun Fatimah diangkat ke layar digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662982729_TBMDECTUNFATIMAH.jpg)
Legasi srikandi Tun Fatimah diangkat ke layar digital
Kegemilangan sejarah Melayu yang berusia 500 tahun diterbitkan bzBee Consult untuk tontonan masyarakat dunia.
![Tujuh pembuat filem pendek terima dana Finas Tujuh pembuat filem pendek terima dana Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661213640_NasirIbrahim.jpg)
Tujuh pembuat filem pendek terima dana Finas
Dana di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) (Sektor Filem) itu bertujuan merancakkan ekonomi industri kreatif dalam negara.
![Tujuh hari di bawah matahari, filem pendek istimewa dari Astro untuk Aidilfitri 2022 Tujuh hari di bawah matahari, filem pendek istimewa dari Astro untuk Aidilfitri 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650615541_TVCAstroRaya.jpg)
"Tujuh hari di bawah matahari", filem pendek istimewa dari Astro untuk Aidilfitri 2022
Tahun ini Iklan Raya Astro 2022 menampilkan kelainan dengan menghasilkan filem pendek berdurasi 20 minit, berbeza dengan iklan yang dihasilkan sebelum ini.
![Maszlee buat kemunculan pertama dalam filem Taruh demi didik orang ramai Maszlee buat kemunculan pertama dalam filem Taruh demi didik orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635343166_Taruh.jpg)
Maszlee buat kemunculan pertama dalam filem "Taruh" demi didik orang ramai
"Taruh" adalah sebahagian daripada langkah dalam menjayakan inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat.
![Kenali Gangavva, sensasi YouTube dari India yang mempunyai jutaan peminat Kenali Gangavva, sensasi YouTube dari India yang mempunyai jutaan peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598015411_gangavva.jpg)
Kenali Gangavva, sensasi YouTube dari India yang mempunyai jutaan peminat
Gangavva Milkuri bukanlah bintang tipikal seperti anda kenali. Nenek kepada lapan cucu ini sebenarnya seorang buta huruf malah umurnya tidak diketahui kerana dia sendiri tidak tahu berapa umurnya.
![Festival filem sebagai 'flagship' KLWBC 2020 Festival filem sebagai 'flagship' KLWBC 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489823157_Buku.jpg)
Festival filem sebagai 'flagship' KLWBC 2020
KLWBC 2020 bukan setakat acara riang-ria 365 hari. Ia ladang menuju DMK 2021-2030.
![PLUS terbitkan Tumpang sempena Aidilfitri 2019 PLUS terbitkan Tumpang sempena Aidilfitri 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558707265_PLUSTV.jpg)
PLUS terbitkan Tumpang sempena Aidilfitri 2019
Tumpang mengisahkan dua lelaki berlainan dunia dan usia, Pak Man dan Amir, yang secara kebetulan ditemukan di sebuah Hentian Rehat dan Rawat selepas Amir ditinggalkan bas untuk balik beraya ke Muar.
!['Shortcuts' platform kepada penggiat baru dalam industri filem 'Shortcuts' platform kepada penggiat baru dalam industri filem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444107966_Trespassed.jpg)
'Shortcuts' platform kepada penggiat baru dalam industri filem
Peraduan filem pendek 'Shortcuts' oleh Astro membuka peluang kepada penggiat filem untuk meningkatkan filem Malaysia ke tahap global.
![Jason Lim ketengahkan nasib orang buta dalam filem pendek Jason Lim ketengahkan nasib orang buta dalam filem pendek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61409133144_295x200.jpg)
Jason Lim ketengahkan nasib orang buta dalam filem pendek
Filem pendek 15 minit dari Jason Lim menyentuh perasaan bertajuk "Are You Blind?" mengetengahkan nasib golongan buta.